Friday, October 28, 2011

:: FINE CITY ::

Selepas seminggu baru aku berkesempatan untuk update cerita ni. Aku ngan BFF kategorikan perjalanan ni sebagai "Amazing Race". Kami seramai 6 orang, 2 couple n 2 bujangan. 

Perjalanan bermula di Tune Hotel, Danga Bay. Tak sempat nak snap gambar sebab kami dah lambat n shuttle bas hampir2 untuk bergerak menuju ke destinasi.

Sampai di imigresen, masing2 melayan perasaan sambil bergurau senda sesama sendiri. Hahaha. Masing2 risau lebih2 lagi 2 orang Hamba Allah tu. Settle di imigresen Malaysia tapi 2 org Hamba Allah tu masih belum boleh utk menarik nafas lega. Hehehe.

Tiba masa utk masuk ke imigresen negara jiran ni. 2 Hamba Allah tu xkan tenteram selagi pasport diorg tidak dicop gedegang oleh pegawai brtugas. Setelah menunggu penuh sabar kesemua kami selamat dicop. Hahaha. 2 org Hamba Allah tu pun apa lagi, senyum sampai ke telinga la. Hehehe.

Sampai je destinasi yg dituju kami terus nampak tempat kunjungan idaman. Sekaligus dikira "Pit Stop Pertama - USS/RWS". Hehehe. Apa lagi. Setting2 camera terus snap gambar. Nasib baik kami mempunyai kombinasi trbaekk. Terhasillah gambar2 yg "comel" kononnya.



Dah siap brgambar, tiba masa utk ke "Pit Stop Kedua - Bugis Street". Tempat utk menghabiskan duit yg sudah ditukar. Macam biasa la kalo gi tempat org mestilah kena beli ole2 utk org kampung kan. Hahaha. Shopping2 jugak, tapi sila jaga bajet kalian ok. Hehehe.



Dah "penat" habiskan duit, perut mula minta diisi. Tengok jam ditangan, ya ampun dah pukul 2ptg. Patutla rasa kebulur. Hehehe. Jadinya mari kita ke "Pit Stop Ketiga - Arab Street". Sebelum dtg kami dah survey dan tempat makan disini makanannya brsesuaian dgn tekak2 kami. 


Sedang kami menuju ke pit stop seterusnya, terjumpalah kami dgn satu tempat ni. Rasa macam lawa je kalo snap gambar. Apa lagi semua brhenti, setting2 dan dapatlah gambar ni. Takut2 gak nak snap sebab takut kena "fine". Hahaha. Semua bajet comel kot.



Sampailah kami ke "Pit Stop Keempat - Esplanade". Katanya bangunan ni macam durian sebabnya ada duri2. Bolehla kot. Hehehe. 



"Pit Stop Kelima - Xtau Nak Tulis Tempat Yg Mana". Hahaha. Kat pit stop kalo berdiri satu tempat boleh tengok banyak tempat. Cuma kena pusingkan badan utk tengok tempat2 yg berlainan. Hehehe. Dari sini boleh nampak Esplanade, Singapore Flyer, Merlion dan yg menjadi tumpuan Marina Bay Sands. Yeay! Dapat gak tengok MBS depan mata. Hehehe.





Ok. Semua pun dah penat jadinya tiada lagi snap gambar secara beria2 ye. Hehehe. Seterusnya kami kembali ke pangkal jalan, kembali ke tempat kami diturunkan untuk kembali ke negara asal ye. 

Tips utama yg aku nak bagi korang. Kalo nk masuk negara jiran kita ni haruslah buat persediaan secukupnya. Buat lah research di tenet. Banyak informasi boleh kita dapat. Kepada sesiapa yg berhasrat nak pegi, selamat menjadi SKEMA. HAHAHA.

P/S: untuk makluman tajuk kat atas tu utk menggambarkan negara jiran kita ni. sikit2 nak kompaun. sikit2 nak fine. huh! hehehe. PEACE NO WAR!!

Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...