Thursday, December 20, 2012

:: HARI HOL::

20122012, Hari Hol Almarhum Sultan Johor. Maknanya hari ni public holiday lah!! Hahaha..

Sebenarnya nak cuba try test post dari phone. Kita tengok macam mana dia pergi. Jadi ke tidak?..

Wednesday, December 19, 2012

:: ASAH LENSA ::

Jarang sangat aku dapat asah lensa 'baby' aku tu.. Aku ni pun bukanlah pro.. Nak kata amatur pun tak kot.. Hahaha.. Tak masuk pun apa2 kursus.. Belajar sendiri.. Adjust sendiri.. Aksesori tambahan pun takde.. Huhuhu.. Basic equipment je hokey.. 

Aku snap gambar2 kat bawah ni kat rumah makcik aku kat Felda Bukit Waha guna 'baby' aku yang satu tu la.. Lepas tu part yang paling aku suka.. Hahaha.. Edit gambar2 tu.. Bukan pakai Photoshop ok.. Sebab aku tak reti & takde pun Photoshop tu.. Aku edit kat phone je.. 

Application kegemaran aku haruslah "Pixlr-O-Matic".. Tapi sekarang ada application baru "Pixlr Express".. Dua2 application tu datangnya dari developer yang sama.. "Pixlr Express" ni macam updated version untuk "Pixlr-O-Matic".. Tak kisah lah.. Yang penting.. I likeee!!










Tuesday, December 18, 2012

:: KAHWIN, KAHWIN DAN KAHWIN ::

Ha! Bukan aku ye.. Hahaha.. Rasanya hujung2 tahun macam ni memang kencang kot dengan jemputan kenduri kahwin.. Aku tak terkecuali mendapat jemputan2 dari saudara mara dan kawan2.. Start dari bulan Oktober memang tak berhenti.. Ada je jemputan kahwin setiap minggu.. Nak tak nak terpaksa pergi sebab semua jemputan tu dari sedara mara.. Tak sedap la pulak kan kalau tak dihadirkan diri ni.. 

Cuma yang jemputan dari kawan2 tu banyak jugak la aku tak dapat datang.. Kadang2 tu frust jugak tapi nak buat macam mana.. Maaf la ye kawan2 yang menjemput tu.. Aku cuma dapat doakan kalian dari jauh.. 

Meh la tengok antara jemputan2 kahwin yang aku dah pergi.. Sebenarnya ada 2 lagi jemputan minggu ni.. Hehehe.. Dah macam YB pulak rasanya.. Hahaha.. *rasa macam dah lama giler tak post gambar2 kat sini ek?*

 21/10/12, Majlis Sambut Menantu anak sedara @ Parit Bengkok, Batu Pahat.


17/11/12. Majlis Akad Nikah anak sedara *lagi!* @ Muar.


 17/11/12, Majlis Persandingan Belah Perempuan anak sedara @ Muar.


 24/11/12, Majlis Sambut Menantu anak sedara @ Felda Bukit Besar, Kulai.


 9/12/12, Majlis Persandingan anak sedara @ Puchong.


 15/12/12, Majlis Akad Nikah sepupu @ Tongkang Pechah, Batu Pahat.


 15/12/12, Majlis Persandingan sepupu @ Tongkang Pechah, Batu Pahat.


Monday, December 17, 2012

:: SESUATU YANG TAK DIJANGKA ::

Sebenarnya lama dah idea nak post cerita ni terperap dalam kepala otak aku.. Cumanya asyik terlupa nak update.. Hari ni bila teringat je terus aku zahirkan.. 

Rasanya dah 3 bulan aku dapat mandat yang satu ni.. Hahaha.. Lesen Memandu.. Sesuatu yang aku langsung tak jangka untuk memilikinya.. Hahaha. Ayat tak boleh blah kan.. Memang aku tak tipu.. 

Selama ni memang takde langsung terlintas untuk aku ambil lesen memandu ni.. Ye la.. Selama ni tak ayah aku, kakak aku yang akan jadi driver.. Hantar aku pegi kerja dan ambil aku balik kerja.. 

Sampailah satu hari kakak aku bagi tau yang permohonan dia untuk bertukar dah diluluskan.. Fuhh!! Aku memang gelabah biawak la kan.. Ye la.. Memang la ayah aku boleh hantar tapi dia kan kerja shif, tentulah ada hari2 yang dia tak dapat hantar kan.. 

Atas desakan ayah & mama aku, aku pun terpaksa rela lah ambil lesen.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar & aku berjaya dapat lesen.. Hahaha.. Haru biru sekejap sementara aku tengah ambil lesen tu.. Ada hari yang ayah aku shif pagi, dengan aku2 sekali kena keluar pagi.. Pukul 5.30 pagi dah tunggu bas untuk pegi kerja.. Perghh!! 7.30 pagi dah sampai office hokeng!!

Masa dah dapat lesen tu teringat pulak kata2 diri sendiri sebelum ni yang tak mau ambil lesen sampai bila2.. Hahaha.. Terkena betul2 batang hidung sendiri.. Lenyaplah pendirian aku selama ni yang tak nak ambil lesen.. Huh!!

Tapi sekarang alhamdulillah.. Aku dah tak payah susahkan ayah.. Sebab aku dah boleh pegi kerja sendiri.. Hehehe.. Dan dah  boleh nak pegi mana2 sendirian berhad.. Yeay!! Satu pencapaian yang cukup besar yang aku rasa aku dah buat untuk diri aku sendiri.. Hahaha.. S

Selamat Memandu dan pandulah dengan cermat ye.. 

Tuesday, November 27, 2012

:: HANYA ALLAH YANG LEBIH TAHU ::

Hmm.. Post title bunyinya macam serius je kan.. Hehehe.. Not that really serious la.. Cuma terkadang tu terfikir tentang masa depan yang tak tahu mana hala tujunya.. Kadang2 sahaja terfikirkan itu.. Almaklumlah.. Fikirkan umur yang semakin meningkat.. Tapi semacam tiada arah tuju.. Bunyi macam dahsyat saja.. Tapi.. Takde la dahsyat mana kan.. 

Ramai lagi manusia2 di luar sana yang terima sesuatu yang lebih dahsyat yang terkadang tak terjangkau dek akal fikiran.. Mereka tetap tabah meneruskan hidup yang telah ditentukan tanpa sedikit pun mengeluh akan nasib yg menimpa.. Malah mereka berusaha sekuatnya untuk mendapatkan kehidupan yg lebih baik.. Contoh terbesar yang sekarang kita sentiasa ambil tahu, rakyat di Palestine..

Jadinya tak payah la nak fefeeling tiada arah tuju sangat kan.. Semuanya itu walau ke depan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan.. Tetap.. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah lebih mengetahui segalanya.. Berusaha, berdoa dan bertawakal untuk kehidupan yang lebih baik kelak disamping orang2 tersayang dan bakal2nya.. Aminn..

Sebenarnya aku terfikir sejenak selepas aku post quote2 kat bawah ni ke Twidder.. Again.. HANYA ALLAH YANG LEBIH TAHU..

"Sometimes life becomes too complicated and all you need is just to let it flow, because Allah still knows everything"

"There's no need to rush. If something is meant to be, it will happen. At the right time, with the right person, for the right reason"

Friday, September 28, 2012

:: RABUN ::

Aku rasa rabun aku ni makin teruk la. Mau xnya. Kat ofis 8 jam mengadap komputer riba + telefon pintar. Kaca mata pun xpenah pakai. Malas pakai sebenarnya. Hehehe..

Haih! Payah jugak pakai telefon pintar ni sebba nak kena mengadap 17jam. Nasib baik ada waktu tido. Kalau x, jawabnya 24 jam mengadap telefon pintar.

Fuhh!! Kena sound direct pastu tepek kat muka dengan bapak aku, "Mata tu dah naik juling mengadap telefon!" Hehehe. Rileks la ayah, kita kena ikut peredaran zaman.

Dan... Aku rasa mati kutu kalau xde telefon pintar ni. Siapa setuju? Rabun tu dah tentu akan datang bila tiba masanya kan. Sesuai la dengan usia yang makin meningkat. Hahaha. 

Jadinya sekarang ni kita enjoy! Berseronoklah dengan kehadiran telefon pintar kesayangan tu. ;-)


Wednesday, August 8, 2012

:: PELANGI SENJA by STACY ::



Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...


:: OH MY BLOG! ::

Hahaha.. Selalu sangat la macam ni.. Alasan? Xsempat hupdate katanya.. Tui2.. Last entri aku bulan March lepas.. Bukan xsempat hupdate, tapi xde story best nak ketuk & publish kat sini.. Boring ha life aku ni.. Sikit la boringnya.. Tapi aku ok je sebab aku ni kan bukanlah outing person.. Waktu cuti duduk rumah tengok tv, layan internet pun ok je.. Hehehe..

Cerita pasal tv ni, aku rasa ada story sikit aku nak kongsi.. Kiranya macam pengakuan xpenting la.. Aku rasa kan sejak akhir2 ni aku dah xselalu tengok Melodi.. Hahaha.. Motif? Hmm..

Sebenarnya aku bukanlah pencen dari ambil tahu gosip2 ni cumanya sekarang hari Ahad tepat pukul 1 aku akan tengok Nadi Arena @801.. Sebabnya? Haruslah sebab aku nak tengok BFF aku kt tv.. Hahaha..

Pah, aku tolong promote jap eh.. Dalam Nadi Arena tu ada slot Usik.. Slot tu dia yg present.. Slot untuk usik atlet2 Malaysia.. Jadi kalau aku ada kat rumah hari Ahad, memanglah aku mengadap Astro Arena 1-1.30 petang kan.. Jadinya confirm2 la aku xtengok Melodi.. Itulah sebab musababnya..

Friday, March 16, 2012

:: SEDIH! KESIAN! ::

entry aku kali ni DITUJUKAN KHAS buat orang2 yang buat sesuatu perkara tu x berfikir panjang dan xkaji baik buruknya.. kalo nk buat 'muslihat' sekalipun, fikir la dulu.. kalo dah selalu sangat, lama2 orang confirm la boleh syak.. jangankan syak, orang siap boleh kumpul bukti.. 

kesian.. sedih!.. tengok orang2 macam ni memperbodohkan diri sendiri tanpa diorang sedar yang orang lain disekeliling dah tau 'muslihat' diorang..

nasihat aku sudah2lah ber'muslihat' tu.. tiap apa yang kita buat ada hikmahnya.. buat baik dibalas baik.. begitulah sebaliknya.. buat jahat, dapatlah jahatnya.. 

bak kata omputih, what is goes around comes around (ayat kegemaran si sendat).. hahaha.. betul ke?? aku ni x berapa nak pandai speaking omputih ni.. dalam kata lainnya, bak kata org melayu 'karma'.. 

sekian sahaja tazkirah aku di hari Jumaat yang mulia ni.. hehe.. 
yang buruk datangnya dari kelemahanku dan yang baik datangnya dari Allah.. sama2 la kita buat renungan..

Wednesday, March 14, 2012

:: TERTINGGAL 'KERETAPI' ::

pejam celik pejam pelik (eh?) dah masuk first quarter 2012.. fuhh!! dan untuk kesekian kalinya aku meng'update' since last update yang ntah bila ntah eh.. bukan malas (alasan!) tapi x de idea (alasan lagi!) nak merepek meraban apa kat sini.. Dang! tetiba hari ni terrrajin nak merepek..

berbalik kita kepada tajuk entry aku kali ni kan.. aku x naik ktm pun.. tapi tertinggal 'keretapi' tentang ADELE.. 
penyanyi omputih yang awesome (kata orang la).. rasanya last week baru aku sibuk2 nak tau sape si Adele ni.. 

buat 'research' kat Google then Youtube (ok, dah boleh terima yang orang kata dia awesome).. not bad.. 
walaupun orangnya agak 'comel' mcm aku (hahaha), tapi suara boleh tahan.. boleh la masuk dan jadi tatapan halwa telinga aku.. 
dalam banyak2 lagu si Adele ni paling aku boleh layan Rolling In The Deep & Someone Like You.. 

aku ni bukanlah peminat tegar lagu2 omputih.. kadang2 je dengarnye pun.. kuikuikui..

next story, pasal tertinggal 'keretapi' gak.. cuma subjeknya je berlainan.. subjek kali ni my best friend since zaman kolej.. beliau sudah mendapat good news dan bakal menjadi ibu dan bapa beberapa bulan lagi.. aku terrrlambat tau tapi  xpe.. 
congrats to both of you again.. take care 'papa' n 'mama' to be.. hehehe..

Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...