Saturday, December 24, 2016

Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check-out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat hotel lepastu kemas2 barang sambil tengok sinetron. Hahaha. 



Bye...

Lokasi pertama hari terakhir ni, shopping. Hahaha. Beli ole-ole yang tak cukup kat Agung Bali. Kat sini mahal sikit dari Krishna tapi barang2 lebih kualiti nya ye. Berbaloi juga. Lepas dah habis duit, kami pergi makan tengahari dulu di Pawon Pasundan masakan khas sunda. 

Aku makan nasi timbel. Lauknya ayam goreng je tapi nasi tu dia bungkus daun pisang pastu ada sup asam. Sambal dengan ulam daun apa ntah memang win 👍👍👍. Travel buddy aku biasalah dia. Hari last ni baru dapat gurami terbang. Hahaha. 

Tempat2 makan yang Aris bawa kami semuanya memuaskan hati. Walaupun terpaksa bayar lebih tapi orang kata berbaloi dan berbeza2 cara masakannya. Aku memang standby kan extra cash untuk makan. Sebab masa proses search dan google memang susah katanya cari makanan halal di Bali. Sebenarnya tak susah cuma yang terjamin halalnya harganya agak mahal. Satu lagi yang aku nak recommend. Kat Bali ni makan je nasi. Nasi dia memang sedap. Tak tau lah beras jenama apa dia pakai. Agaknya padi tanam sendiri kot. Sebab mata aku nampak setiap tempat makan yang kami pergi, kebanyakan nya ada sawah padi kat belakang kedai. Hahaha. Korang try lah.

Lokasi seterusnya kita sambung cari beach yang tak sempat nak pergi sebelum ni. Aris bawa kami pergi Pantai Blue Point dengan Pantai Balangan. Blue Point beach ni orang kata surfers paradise. Memang pun. Nak turun ke beach tu memang mat saleh saje dok lepak kat kedai2. Aura tempat tu memang aura surfers. Awal2 nak masuk memang ada kedai jual surf board.


Seterusnya kami ke Pantai Balangan. Pantai ni memang aku nak pergi. Lebih kepada nak bergambar. Hahaha. View 👍👍👍. Tenang je. Memang best kalau ada rumah atas cliff bawah ada pantai. Nyaman...




Konon nak ke pantai dekat2 kawasan Ayana Resort tu. Tapi kata si Aris tak sempat sebab takut macet. Hari minggu macet nya lagi hebat. Redha je lah. Yang penting tak terlepas flight nak balik. Memang seronok kat Bali ni cuma yang tak seronoknya duit dah habis. Hahaha. Jadi sedar lah diri dan jom lah kita balik.

Sebelum berpisah kita wefie lah dulu. Thanks Aris atas kerjasamanya. Melayan plan 'pantai tak best' kami. Kami tahu kamu cuma suka tempat2 yang happening kan. Hahaha. 

Sampai ketemu lagi ya Bali. Mungkin aku akan sampai lagi ke sana sebab ada misi masih belum tercapai. Hehehe. ✌✌✌

Friday, December 23, 2016

Bali 2016 - Luwak Coffee, Ubud, Tegalalang

Hari ketiga di Bali sepatutnya kami ke Nusa Lembongan & Nusa Ceningan. Tetapi malang tidak berbau. Tiga hari sebelum kami 🛫🛫🛫, jambatan kuning yang menghubungkan antara Lembongan & Ceningan telah runtuh dan meragut beberapa nyawa. Sebab kejadian masih panas orang kata, jadi kami batalkan trip ke sana. Yang ni memang aku frust sebab dah lama nak pergi sana. 😂😂😂

Jambatan kuning yang menghubungkan Lembongan & Ceningan. Penduduk tempatan panggil 'Jembatan Cinta' Cantik kan.


Jambatan ni runtuh pada 16 Oct 2016.
😢😢😢

Jadi untuk mengubat kekecewaan, kami teruskan juga aktiviti kami. Hahaha. Poyos. Selepas beberapa sesi perbincangan, 🙊🙊🙊 kami buat keputusan yang hari ketiga ni nak ke Ubud dan kawasan yang sewaktu dengannya.  

Kat Bali ni boleh tahan macet dia. Jadi kita wefie dulu. 🙊🙊👍

Sebelum apa2 si Aris dah bawa kami pergi shopping di Galuh. Tapi tak beli sangat pun sebab ada tempat shopping yang lagi murah. Lokasi pertama yang kami pergi, tempat kopi luwak. Merasa juga lah secawan kopi tu. Dia punya kaw boleh sembelit. 🙊🙊🙊 Hahaha. 

Sebelum dan selepas. Bila fikir dari mana kopi ni datang, agak tak lalu nak minum. Hahaha. Tapi bila dah sampai, rugi tak cuba. Kopi dia memang sedap kaw2 punya.


Nyaman je dapat minum kopi mengadap sawah padi.

Dah lepas cuci perut dengan kopi kaw tu, kami terus ke Ubud. Dalam perjalanan hujan sikit. Janganlah tidur sepanjang perjalanan ye. Rugi kalau tidur sebab pemandangan cantik2. 

Ubud ni pun daerah yang cantik. Siapa yang jenis deep2 atau budak2 art ni memang akan suka Ubud. Jenis macam kota lama. Pemandangan di sini lebih klasik. Kami terus je pergi Ubud Market. Hahaha. Nampak tak kat situ. Kerja nak menghabiskan duit je. 😂😂😂 Macam2 ada kat market ni. Kalau nak beli souvenir pun boleh. Bak kata Aris, souvenir kat Bali ni harga dan kualiti seiring.









Adalah dua tiga jam kat market tu. Tahu2 masing2 dah kebuluran perut dah berkeroncong. Tengok jam dah pukul dua lebih. Padanlah lapo. Hahaha. 

Bila dah sampai Ubud ni tak sah kalau tak makan bebek kan. Jadi menu lunch kami set bebek goreng dengan gurami goreng. Travel buddy aku ni memang tak boleh move on dengan gurami dia masa kat Bali. Set makan kat sini jenis setengah ekor dia bagi. Jadi bolehlah kongsi2 kalau nak jimat. Minta je nasi tambah. Sebab makanan halal memang boleh tahan harganya. Kami makan bertiga memang ambil dua set je. Alhamdulillah cukup dan kenyang.
Makan bebek mengadap sawah padi yang tengah menghijau. 👍👍👍

Perut kenyang senang hati, boleh sambung jalan2. Lokasi seterusnya kami ke Tegalalang. Tegalalang ni famous dengan terrace paddy field. Barang perhiasan rumah pun cantik2 kat sini. Kami tak pergi kampung2 yang buat barang2 tu. Jadi beli kat sini pun murah. Boleh lah keluarkan skill2 tawar menawar tu. Yang penting tawar je selagi boleh. Aku tak beli apa2 pun. Hehehe. Travel buddy aku yang membeli nya.

Nasib kami baik sebab masa ni padi tengah menghijau. 




Perhiasan warna warni yang belakang tu lah. Banyak kat Ubud dan sepanjang jalan nak ke Tegalalang ni. 

Masa dalam perjalanan balik ke Kuta, tersinggah satu kedai barang2 antik. Partner travel buddy aku minat barang2 antik ni. Kedai ni masih dalam kawasan Ubud dari Tegalalang. Tak jauh sangat rasanya dari Tegalalang tu. Hakak lupa dik oi.






Sampai Kuta kami singgah di Krishna. Beli ole-ole untuk dibawa pulang. Hahaha. Kat Krishna ni memang murah. Tapi memang betul kata si Aris. Kualiti ole-ole Bali ni sepadan dengan harga. Kalau nak yang murah jangan lah harap kualiti tip top kan. Jadi kata Aris, beli lah dengan bijak.

Dalam macet nampak ni. Aris kata mereka ni penari. Yang salut nya pasal apa tau tak, yang 👧👧👧 tu tengah make-up ok. Truck pick-up tu tengah jalan dalam jammed berhenti2, selamber je diorang ber make-up.


Sunset dari dalam kereta je.

Lepas shopping duit pun habis. Hahaha. Jadi kami dinner indomie sahaja ye. Nasib baik depan hotel ada kedai serbaneka. Cumanya bukan yang 24 jam. Jadi beli lah siap2 untuk makan malam. Tapi apa yang penting, walaupun cuma megi, dinner by the pool ok. Hahaha.



Romantik tak? Hahaha. Walaupun megi je.
🙊🙊🙊

Thursday, December 22, 2016

Bali 2016 - Water Blow, Pandawa Beach, Nunggalan Beach, Uluwatu, Jimbaran

Hari kedua punya aktiviti mencari hidden beach. Hahaha. Hidden sangat sampai nak pengsan. 😅😅😅 Sebelum sampai Bali, aku ada bagi list tempat2 yang kami nak pergi kat Pak Isme. Ada tempat yang dapat cover. Ada juga beberapa yang tak sempat pergi sebab kekangan masa. Kat Bali ni boleh tahan juga dia punya jammed.

Lokasi pertama kami ke Nusa Dua. Menurut Aris, Nusa Dua ni kawasan orang 'ada2'. Nak masuk ke kawasan Nusa Dua tu pun kena lalu kawalan keselamatan dulu. Tempat yang kami nak tuju cuma Water Blow. Tapi dekat2 dengan Water Blow tu kami terjumpa hidden beach. Aku tak pernah jumpa pasal beach ni masa search pasal Bali. Kat situ pun tak ada nama cuma nampak lebih kepada tempat suci atau tempat ritual agama.



Ni lah kawasan Water Blow.


Nak dapat blow macam kat belakang tu kena banyak bersabar. Sabar menunggu di bawah terik matahari. 🙊🙊🙊

 Ni jalan nak ke hidden beach tu.

Inilah hidden beach nya. Tak ada orang pun kat sini. Ombak agak kuat jadi tak berapa sesuai nak mandi manda.

Belah kiri atas cliff tu nampak macam ada tempat ritual agama.

Dah puas bergambar tengah panas, kami pun gerak ke destinasi seterusnya. Sebelum ke lokasi seterusnya, Aris bawa kami makan di Warung Kampong Pedas masih di daerah Nusa Dua. Menu istimewa kat sini Ayam Betutu masakan khas Bali. Memang wajib lah cuba kan. 

Ayam betutu & plecing kangkung. Jatuh cinta aku dengan plecing kangkung ni. Makan bertiga cukup je gini. Nasi dia tabur bawang goreng wangi je.

Lokasi seterusnya adalah Pantai Pandawa. Kami ke pantai2 ni tak ada lah mandi manda nya. Lebih kepada nak tengok pemandangan sambil mengagumi keindahan ciptaan Allah. Lepastu tengok gelagat orang dan budaya di Bali. 

Di Pantai Pandawa ni pun masih ada aktiviti menaik taraf. Ikut cerita Aris, dulu tak wujud pun pantai ni. Tapi kerajaan Bali ambil inisiatif naikkan kawasan ni dengan memotong kawasan bukit dan cliff supaya jadi jalan untuk sampai ke pantai cantik ni.





Inilah laluan nak ke Pantai Pandawa ni. Tebing2 tinggi ni dah dipotong untuk dijadikan access ke pantai. View dari atas tebing ni memang 👍👍👍

Pantai seterusnya yang dalam list aku adalah Pantai Nyang Nyang. Tapi aku tak pasti yang aku pergi ni betul2 Pantai Nyang Nyang atau tak. Sebab ada info yang kata ini Pantai Nunggalan. Dah lah Aris pun tak pernah sampai. Dua tiga orang juga dia call. Dua benda yang aku pegang untuk sampai pantai ni ialah masuk ikut Jalan Batu Nunggalan lepastu jalan terus sampai jumpa parking satu vila ni nama Villa Plenilunio. 

Masa search aku tahu yang nak ke pantai ni memang kena trekking. Sekali memang betul2 trekking oi. Dah macam naik gunung pun ada. Hahaha. Ada satu jalan lain ke Pantai Nyang Nyang dah disediakan anak2 tangga. Tapi aku pilih jalan yang trekking ni sebab aku ingat trekking sikit je. Hahaha lagi. Yang menarik perhatian aku pantai ni ada shipwreck. Nak feeling2 Descendants of The Sun lah konon. Padan muka kau. Jenuh ko nak hiking naik balik kan. 😂😂😂 Tapi apa2 pun view pantai ni memang berbaloi dengan penat lelah nak sampai dan nak balik. Menurut orang situ, pantai ni sekarang dah ramai juga orang tahu nak banding sebelum ni.


View dari atas lepas kawasan villa

Mula2 trekking je ambil gambar. Lepastu tak daya dah. Hahaha. Walaupun tak ada anak tangga, tapi ada dah denai2 nya. Follow je.

Dah sampai bawah sayup je nampak villa tu.

Cantik kan pantai ni. Ada je orang mandi manda.

Sebab shipwreck ni lah aku tertipu. Hahaha. Nasib baik cantik. Belakang tu ada satu lagi shipwreck. Terselit jugak tunggul kayu tu.

👍👍👍

Separuh mati oi nak daki naik atas balik. Padanlah ada macam checkpoint orang situ buat. Siap tunggu jual air. Masa turun tu terfikir juga, gigih orang kampung jual air. Sekali masa naik tu tiap checkpoint aku berhenti. Hahaha. Sampai je atas rasa dah macam ikan kering dah. Sampai kat kereta, kena gelak je dengan si Aris. Kurang asam. 😂😂😂 

Lokasi seterusnya kami ke Uluwatu. Tempat wajib pergi kalau kat Bali. Tak Bali lah kalau tak datang sini. Tapi kami tak pergi pun tengok Kecak Dance tu. Hehehe.


Atas cliff tu lah tempat Kecak Dance. Tak tunggu sunset pun sebab masing2 dah laparrr.

Dinner kat Jimbaran. Walaupun orang kata mahal tapi nak juga makan kat sini. Baru feel datang Bali kan. Sunset tak berapa nak set.

Seafood sesaje. Udang, clams & sos 👍👍👍

Disudahi dinner dengan jagung bakar.
👍👍👌

Perut dah kenyang. Kaki dah nak cramp. Mata pun dah layu. Jom lah balik berehat.



Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...