Saturday, December 25, 2010

:: New Obsession ::

dari dulu rasanya memang aku suka amik2 gambar ni.. penah gak member2 aku tegur yg aku suka amik gambar orang sampai kadang2 tu aku sendiri susah nak cari gambar aku sendiri.. minat memang ada mungkin skill tu yg xcukup..

aku ni bukannya pandai sangat amik2 gambar ni.. sekadar suka2 dan secara amatur je.. tapi apa yg aku tau aku memang suka sgt kalo dapat amik gambar orang.. especially gambar candid.. hehe.. i like..

dah lama aku idamkan sesuatu yg boleh buat aku teruskan minat aku ni.. alhamdulillah, rezki pun ada lebih kan.. aku pun sambar la salah satu gadjet idaman aku ni..

rasanya dah lebih 3 bulan aku pegang benda alah tu.. setakat ni aku masih lagi explore menatang tu.. masih belajar dan akan terus belajar.. ada jugak la aku try amik gambar2 yg best.. tp biasa la kan.. budak baru belajar.. haha..

Sunday, August 1, 2010

:: NEW LIFE ::

bapak lamanya aku x update blog ni.. xsempat nak belek2 blog..

gayanya sibuk macam keje jadi project manager ye.. haha.. insyaAllah.. amik berkat je la skang ni.. hehe.. aku suka environment keje kat sini.. xde rasa tension.. cuma bila byk keje tu biasa la kan..

gi keje pn xyah nak pakai formal2.. tu yg best tu.. pakai jeans n t-shirt je.. xyah fikir nak gosok2 baju ke kan.. rilek je.. bdk2 keje kt sini pn sempoi2.. ada jgk yg jenis otak shot.. mmg lawak bdk2 tu.. buat masa ni memang ok keje kt sini..

aku ada jugak usha2 kat tempat lain.. kalo dapat keje lain ok je.. boleh aku upgrade diri sendiri.. sape xnak keje yg lg bagus kan.. skang ni aku nak cari pengalaman dan blaja ape2 yg patut..

sekian, terima kasih.. hehe..

Tuesday, May 25, 2010

:: LAGENDA BUDAK SETAN ::




filem ni insyaAllah tayang 3 Jun 2010.. hopefully filem ni best macam novelnya.. aku ingat nak cari novel ni.. tapi menurut kawan baik aku katanya yg version kitorang baca time sekolah dulu payah nak cari.. version yang baru telah diubah sikit kot.. no wonder la harga novel yg version baru lebih murah compare ngan yg lama tu.. apa2 pun sama2 la kita tunggu dan tengok filem ni ye..

Sunday, May 23, 2010

:: KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

Nyanyian : Shahir AF8
Ciptaan : Edry Abd Halim

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

:: KU ADA KAMU ::

Nyanyian : Adira AF8
Ciptaan : Edry Abd Halim

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu
Hidup tanpa doronganmu

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


Friday, May 21, 2010

:: PENDAM PERASAAN ::

setiap org ada kebolehan tertentu utk memendam perasaan.. bila kebolehan tu dah tak terkawal macam2 boleh jadi.. lain org lain cara nk melepaskan perasaan yg terpendam tu..


ada org suka berdiam diri.. tp memang makan dalam la kan.. yg ni kalo dibiarkan boleh melarat.. boleh buat org jadi xbetul.. cara ni jugak boleh menyelamatkan keadaan tp kena ikut situasi la kan..


ada org lepas je perasaan tu.. tak kira dah perasaan org lain.. kadang2 boleh melukakan dan boleh jugak membahagiakan..


ada org suka buat benda2 yg boleh buat dia lupa pasal perasaan dia tu.. ada yg duduk dalam toilet berejam lamanya.. ada yg dengar lagu kuat2 dalam bilik.. ada jugak yg layan shopping dan macam2 lg..


apa2 pn yg sume org buat itu adalah cara kita utk meluahkan perasaan yg terpendam..

Tuesday, May 18, 2010

:: FAMILY DAY ::


15 & 16 may 2010..

family day ayah ni telah diadakan di Desaru Damai Beach Resort.. ok la walaupun xbrp best.. hehe.. tempat tu macam oldies skt la.. perabot dlm bilik pn macam zaman perang jepun punya.. aku pn xtau nape.. maybe sejak hotel tu bukak smpai skang xpenah tuka kot perabot2 dia.. tapi tempat tu pn xlah teruk sgt.. berpatutan la dgn harga yg xbrp nk mahal tu kan..


Desaru Damai Beach Resort


view dari bilik


baru sampai



mandi kolam time


kakak aku yg sempat brkarok


ayah tetap hero main volleyball walaupn team dia kalah.. hehe..

Friday, May 14, 2010

:: HARAMKAH BY MELLY GOESLOW ::

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku

Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

Thursday, May 13, 2010

:: BOLEH KE?? ::

semlm aku telah menonton piala thomas brsama ayahanda trsayang.. tengok kt tv je pn.. match suku akhir antara MALAYSIA & DENMARK.. aku ni bukanlah fanatik sukan.. tp kalo ade tu layan je..

sebelum tengok match tu aku ada tengok komen2 penyokong tentang match sebelumnya.. sebelum tu malaysia lwn jepun.. kalah 2-3.. ade org komen positif dan ada jugak yg negatif.. tapi team malaysia dh buktikan diorg masih ada lagi semangat juang yg tinggi..

masa lawan jepun tu aku xtengok pn full match.. yg sempat aku tengok pn masa hafiz hashim main.. mamat tu kalah time tu.. malam lepas match ngan jepun tu aku tengok berita dan ada cerita xbest tentang salah seorg pemain badminton kita..

aku rasa atlet2 malaysia ni kurang dari segi mentaliti la.. maybe kita tau yg diaorg ni pressure sbb harapan penyokong sgt tinggi.. nk menjulang piala thomas lepas last malaysia menang masa thn 1992..

aku penah gak rasa camtu.. walaupun aku ni bukan atlet tp kadang2 tu termain gak la game2 biasa.. org harap kita boleh menang tapi hakikatnya kalah menang tu adat bertanding.. xsemestinya sentiasa je kita boleh menang..

bila tengok match suku akhir semalam, aku rasa pemain2 badminton kita ni xlah teruk sgt.. kalo kena cara dan gaya diorg akan dapat semangat juang yg tinggi.. penyokong2 pn masih ramai yg sokong diorg walaupun kontroversi melanda skuad badminton kita.. tu yang kita nk.. semangat 1 malaysia..

lepas ni kita tunggu la plak match separuh akhir malaysia lawan china.. walaupun kita tau china mmg fav team tp kita still kena sokong pasukan malaysia.. kalo kalah pun biar la kalah yg brmaruah..

Monday, May 10, 2010

.: SLANGA AYUNIE :.

- slanga ini hanya utk bbrapa perkataan shj..
- cara pronounce slanga ini = skt pelat + skt sengauu..

ALID = TANYID (panggilan utk adk ayunie)
cth: mama! tanyid bangun..

BALIK = BANYIK
cth: ye! ye! atuk banyik..

BELI = BENYI
COKLAT = COKAT
cth: atuk!.. nnt atuk benyi cokat tau..
cth: makngah! nk cokat!

TULIS = TUNYESH

BOLEH = BONYEH

kesimpulannya
sbnrnya ayunie ni xleh sebut huruf L dgn btl.. brbelit2 lidah dia kalo srh sebut huruf L.. hehe..

Monday, March 29, 2010

:: KETIKA CINTA BERTASBIH ::



komen aku untuk keseluruhan novel & filem ni - SANGATLAH INDAH.. sebelum aku tgk filem, aku dah pun baca novel dwilogi ni.. masa baca novel pun aku dah rasa kalo novel ni difilemkan mesti best..


bila tgk filem ni macam2 perasaan ada.. susunan muzik sangatlah tepat utk setiap scene dalam filem ni.. pangarah muzik utk filem ni melly goeslow & anto head.. memang meremang bila ada scene yg best berlatarkan muzik yg indah.. filem ni ada dua volume sama cam novel..


bukan aku nk agungkan karya seberang tapi tak dinafikan filem ni memang berbaloi utk ditonton.. mungkin blh jadi contoh kpd orang2 di malaysia bahawa cerita cinta berunsurkan keislaman ni sangatlah bagus utk dipopularkan.. feel bila tengok cerita macam ni memang lain sangat..


pada pendapat aku filem & novel ni lagi hebat dari ayat ayat cinta.. tu pada pandangan aku la.. habiburrahman el shirazy, penulis novel yg memang terkenal di indonesia yg memang brilliant buat novel yg indah ni.. aku syorkan korang tengoklah filem ni dan sebelum tu better korang baca dulu novel dia..



Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta..

Dideklamasikan oleh Ayyatul Husna

—–

Sekalipun cinta telah ku uraikan, dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri… meskipun lidahku telah mampu menguraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang.. sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.. kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta.. dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya, bagaikan keldai terbaring dalam lumpur.. cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

Dideklamasikan oleh Anna AlthaFunnisa

Sunday, March 28, 2010

:: KLIBF = LAUTAN BUKU ::


khamis ari tu aku telah melapangkan diri pergi ke pesta buku.. hehe.. banyak gak la yg aku borong.. tapi masih dlm budget aku.. dan ape yg aku budget ada lebih lg.. dua novel dr alaf 21.. dua novel dari karnadya.. 1 biografi ttg isteri rasulullah, aisyah.. dan yg last dvd ketika cinta bertasbih 1 & 2..


masa kat booth karnadya dpt la aku jumpa dan dptkan signature favourite novelis aku, aina emir.. dpt borak2 skt ngan dia sbb masa tu xramai org..


dan benda yg mmg menjadi tujuan aku pergi ke pesta buku tu adalah nk cari dvd ketika cinta bertasbih tu.. sblm tau kat pesta buku tu ade booth yg jual, aku ade gak tersurvey kat internet.. ade la sorg mahasiswa malaysia yg belajar kt indonesia yg amik tempahan utk dvd tu.. tp masa aku tengok website tu, tempahan dh ditutup sbb budak tu dh balik indon.. cari punya cari aku pn dpt tau ade yg dah tempah dlm jumlah yg banyak dan jual kt booth pesta buku.. aku pun apa lagi la.. mmg dh 'tergedik2' sgt nk tgk cite yg best tu.. sorg2 pn aku sanggup gi pesta buku tu dan ia sangatlah berbaloi2.. hehe..

Wednesday, March 10, 2010

:: BERKURUN LAMA ::

uhh.. berkurun dh aku x update blog ni.. rasa cam hilang ingatan jap kat blog ni.. hehe.. xpe2.. pas ni aku akan merajinkan dan melapangkan diri utk update.. insyaAllah..

Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...