komen aku untuk keseluruhan novel & filem ni - SANGATLAH INDAH.. sebelum aku tgk filem, aku dah pun baca novel dwilogi ni.. masa baca novel pun aku dah rasa kalo novel ni difilemkan mesti best..
bila tgk filem ni macam2 perasaan ada.. susunan muzik sangatlah tepat utk setiap scene dalam filem ni.. pangarah muzik utk filem ni melly goeslow & anto head.. memang meremang bila ada scene yg best berlatarkan muzik yg indah.. filem ni ada dua volume sama cam novel..
bukan aku nk agungkan karya seberang tapi tak dinafikan filem ni memang berbaloi utk ditonton.. mungkin blh jadi contoh kpd orang2 di malaysia bahawa cerita cinta berunsurkan keislaman ni sangatlah bagus utk dipopularkan.. feel bila tengok cerita macam ni memang lain sangat..
pada pendapat aku filem & novel ni lagi hebat dari ayat ayat cinta.. tu pada pandangan aku la.. habiburrahman el shirazy, penulis novel yg memang terkenal di indonesia yg memang brilliant buat novel yg indah ni.. aku syorkan korang tengoklah filem ni dan sebelum tu better korang baca dulu novel dia..
Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta..
Dideklamasikan oleh Ayyatul Husna
—–
Sekalipun cinta telah ku uraikan, dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri… meskipun lidahku telah mampu menguraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang.. sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.. kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta.. dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya, bagaikan keldai terbaring dalam lumpur.. cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..
Dideklamasikan oleh Anna AlthaFunnisa
No comments:
Post a Comment