Friday, December 23, 2016

Bali 2016 - Luwak Coffee, Ubud, Tegalalang

Hari ketiga di Bali sepatutnya kami ke Nusa Lembongan & Nusa Ceningan. Tetapi malang tidak berbau. Tiga hari sebelum kami 🛫🛫🛫, jambatan kuning yang menghubungkan antara Lembongan & Ceningan telah runtuh dan meragut beberapa nyawa. Sebab kejadian masih panas orang kata, jadi kami batalkan trip ke sana. Yang ni memang aku frust sebab dah lama nak pergi sana. 😂😂😂

Jambatan kuning yang menghubungkan Lembongan & Ceningan. Penduduk tempatan panggil 'Jembatan Cinta' Cantik kan.


Jambatan ni runtuh pada 16 Oct 2016.
😢😢😢

Jadi untuk mengubat kekecewaan, kami teruskan juga aktiviti kami. Hahaha. Poyos. Selepas beberapa sesi perbincangan, 🙊🙊🙊 kami buat keputusan yang hari ketiga ni nak ke Ubud dan kawasan yang sewaktu dengannya.  

Kat Bali ni boleh tahan macet dia. Jadi kita wefie dulu. 🙊🙊👍

Sebelum apa2 si Aris dah bawa kami pergi shopping di Galuh. Tapi tak beli sangat pun sebab ada tempat shopping yang lagi murah. Lokasi pertama yang kami pergi, tempat kopi luwak. Merasa juga lah secawan kopi tu. Dia punya kaw boleh sembelit. 🙊🙊🙊 Hahaha. 

Sebelum dan selepas. Bila fikir dari mana kopi ni datang, agak tak lalu nak minum. Hahaha. Tapi bila dah sampai, rugi tak cuba. Kopi dia memang sedap kaw2 punya.


Nyaman je dapat minum kopi mengadap sawah padi.

Dah lepas cuci perut dengan kopi kaw tu, kami terus ke Ubud. Dalam perjalanan hujan sikit. Janganlah tidur sepanjang perjalanan ye. Rugi kalau tidur sebab pemandangan cantik2. 

Ubud ni pun daerah yang cantik. Siapa yang jenis deep2 atau budak2 art ni memang akan suka Ubud. Jenis macam kota lama. Pemandangan di sini lebih klasik. Kami terus je pergi Ubud Market. Hahaha. Nampak tak kat situ. Kerja nak menghabiskan duit je. 😂😂😂 Macam2 ada kat market ni. Kalau nak beli souvenir pun boleh. Bak kata Aris, souvenir kat Bali ni harga dan kualiti seiring.









Adalah dua tiga jam kat market tu. Tahu2 masing2 dah kebuluran perut dah berkeroncong. Tengok jam dah pukul dua lebih. Padanlah lapo. Hahaha. 

Bila dah sampai Ubud ni tak sah kalau tak makan bebek kan. Jadi menu lunch kami set bebek goreng dengan gurami goreng. Travel buddy aku ni memang tak boleh move on dengan gurami dia masa kat Bali. Set makan kat sini jenis setengah ekor dia bagi. Jadi bolehlah kongsi2 kalau nak jimat. Minta je nasi tambah. Sebab makanan halal memang boleh tahan harganya. Kami makan bertiga memang ambil dua set je. Alhamdulillah cukup dan kenyang.
Makan bebek mengadap sawah padi yang tengah menghijau. 👍👍👍

Perut kenyang senang hati, boleh sambung jalan2. Lokasi seterusnya kami ke Tegalalang. Tegalalang ni famous dengan terrace paddy field. Barang perhiasan rumah pun cantik2 kat sini. Kami tak pergi kampung2 yang buat barang2 tu. Jadi beli kat sini pun murah. Boleh lah keluarkan skill2 tawar menawar tu. Yang penting tawar je selagi boleh. Aku tak beli apa2 pun. Hehehe. Travel buddy aku yang membeli nya.

Nasib kami baik sebab masa ni padi tengah menghijau. 




Perhiasan warna warni yang belakang tu lah. Banyak kat Ubud dan sepanjang jalan nak ke Tegalalang ni. 

Masa dalam perjalanan balik ke Kuta, tersinggah satu kedai barang2 antik. Partner travel buddy aku minat barang2 antik ni. Kedai ni masih dalam kawasan Ubud dari Tegalalang. Tak jauh sangat rasanya dari Tegalalang tu. Hakak lupa dik oi.






Sampai Kuta kami singgah di Krishna. Beli ole-ole untuk dibawa pulang. Hahaha. Kat Krishna ni memang murah. Tapi memang betul kata si Aris. Kualiti ole-ole Bali ni sepadan dengan harga. Kalau nak yang murah jangan lah harap kualiti tip top kan. Jadi kata Aris, beli lah dengan bijak.

Dalam macet nampak ni. Aris kata mereka ni penari. Yang salut nya pasal apa tau tak, yang 👧👧👧 tu tengah make-up ok. Truck pick-up tu tengah jalan dalam jammed berhenti2, selamber je diorang ber make-up.


Sunset dari dalam kereta je.

Lepas shopping duit pun habis. Hahaha. Jadi kami dinner indomie sahaja ye. Nasib baik depan hotel ada kedai serbaneka. Cumanya bukan yang 24 jam. Jadi beli lah siap2 untuk makan malam. Tapi apa yang penting, walaupun cuma megi, dinner by the pool ok. Hahaha.



Romantik tak? Hahaha. Walaupun megi je.
🙊🙊🙊

No comments:

Post a Comment

Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...