Wednesday, December 14, 2016

Bali 2016 - Lovina, Git Git Waterfall, Lake Bratan, Tanah Lot

✈✈✈ kami 19 Okt tu dari Klia2 malam dan sampai di Bali dah tengah malam. Tunggu supir yang namanya Aris, jemput pukul 3 pagi. Mereput lah kami tengah-tengah malam buta kat airport tu sementara nak tunggu Aris sampai. Janji dengan Aris pukul 3 pagi sebab aktiviti pertama kami nun jauh ke utara Bali, Lovina.

Masa perjalanan ke Lovina dari Kuta adalah 3 jam. Tapi sebab supir yang namanya Aris yang muda belia tu bawak kereta macam nak terbang, jadinya 2 jam lebih kami dah sampai di pantai Lovina. Mamai-mamai tak cukup tidur dengan jalan ke Lovina macam nak pergi Fraser's Hill, nasib baik tak mabuk. 😌😌😌

Di Lovina ni aktivitinya adalah tengok 🐬🐬🐬. Travel buddy aku lah yang beria sangat nak tengok binatang-binatang ni. Hahaha. Nak pergi zoo lah, nak tengok 🐬🐬🐬 lah.


Pantai Lovina. Pukul 6 pagi dah terang macam gini.


Layan matahari terbit dulu sebelum nak jumpa 🐬🐬🐬




Dolphin malu-malu nak keluar

 Dalam pukul 7 lebih dah siap tengok 🐬🐬🐬. Kami terus gerak pergi Git Git Waterfall. Pukul 8 lebih sampai air terjun, dia punya sejuk segar terus mata. Dari tempat letak kereta nak ke air terjun tu adalah kena jalan turun naik tangga. Tapi berbaloi lah penat tu. Nyaman dan sejuk je kat air terjun tu.



Git Git Waterfall

Sakan si Aris selfie. Yang belakang tu tak sempat nak posing

Dah lepas segar-segarkan mata dengan air sejuk kami gerak pula ke Bedugul. Dalam perjalanan ni jangan tidur. Rugi kalau tidur sebab pemandangan nak ke Bedugul ni memang cantik. Bedugul ni kategori kawasan tanah tinggi rasanya sebab angin sepoi-sepoi dia macam kat Cameron Highlands. Sekali sekala angin menghembus sejuk nyaman je. 

Kat Bedugul ni kami melawat Tasik Bratan. Kat Tasik Bratan ni ada Pura Ulun Danu Beratan. Antara salah satu trademark Bali. Kalau nak rasa angin sepoi-sepoi sejuk kena datang sini pagi-pagi. Nyaman...

Pura Ulun Danu Beratan

Rumah makan ni seberang jalan je dengan kawasan pura tadi


Kami order ayam taliwang bakar, gurami goreng & plecing kangkung. Masakannya 👍👍👍

Dah kenyang makan kami gerak terus ke Tanah Lot. Siap singgah beli strawberry tepi jalan je lepas dari Tasik Beratan tu. Hehehe. Kan sama macam Cameron. Kalau nak tengok pemandangan jangan tidur ye. Sebab sepanjang jalan kat Bali ni cantik-cantik semua. Disebabkan Aris bawak kereta macam nak terbang, kami sampai di Tanah Lot betul-betul tengahari buta. Tadi sejuk nyaman kan. Sekarang baru rasa panas tepi laut.

Sampai di Tanah Lot jalan lah kami di tengah panas terik. Jalan punya jalan siap shopping bagai,sekali dah satu kompleks rupanya kami tawaf. Pastu tak jumpa jalan nak ke tempat letak kereta. Hahaha. Pusing lah balik kami sampai jumpa Aris yang tengah layan aircond dalam kereta.


Pura Batu Bolong


Pura Tanah Lot


Merata kat Bali ada pintu gerbang macam gini

Disebabkan makan tengahari awal, jadinya sebelum kami check in hotel, Aris bawak kami pergi makan dulu. Tempat makan ni pun terbaik jugak. Ayam Tulang Lunak Malioboro. Mahal sikit tapi berbaloi bayaran nya tu.

Kat sini kami order ayam telur asin, sup gurami & tauhu telur. Sup gurami paling win. Begini 👍👍👍

Perut kenyang senang hati. Kami pun terus check in hotel. Malam tu rehat je kat bilik layan sinetron. Kumpul tenaga untuk aktiviti keesokan hari.

Kubu Anyar Hotel




No comments:

Post a Comment

Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...