Showing posts with label Krabi 2013. Show all posts
Showing posts with label Krabi 2013. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

:: KRABI 2013 - PART 5 ::

Last entry pasal Krabi. 

Flight balik KL pkl 815 pagi waktu thai. Lepas balik dari Phi Phi Islands, aku dah call Mrs. Nee utk confirmkan yg kitorg balik pagi2 buta. Dia pun memang nak amik kitorg pkl 6 pagi waktu thai. Dia pun x lupa dgn janji dia yg nak bagi kitorg 500THB je dari hotel ke airport.

Macam biasa la kan, x sah pulak kalau x berposing kat airport. Hahaha. Itu la yg kitorg buat. Pagi2 buta dah berposing.



Untuk makluman, kitorg xpegi pun Krabi Town. Sebab kitorg ada survey2 katanya Krabi Town tu xde apa2 selain Night Market. Jadi memang kitorg plan just lepak kat Ao Nang je. 

Tapi ok je sebenarnya. Ao Nang tu happening je malam2. Barang2 pun semua boleh dapat kat situ. Cumanya pukul 10 @ 11 malam waktu thai situ dah sunyi. Maybe sebab Ao Nang ni kawasan ramai org Islam. Masjid pun ada 2 3 buah. Tapi bagus la tu kan. Hehehe. 


Tips yg aku boleh kongsi:

1. Tiket flight tu biasa la AirAsia kan. Kena rajin survey & tunggu waktu promo. Macam aku, trperam jugak 3 4 bulan tiket tu. Hehehe.

2. Hotel plak aku book melalui Asiarooms.com, sebab aku xde kad kredit. Bayar kat hotel masa sampai. Cuma kena secure guna debit card. Kalau kita x check-in, hotel akan charge satu malam. Alhamdulillah, sampai2 je, booking aku memang diorg ada record.

3. Kalau trip on bajet, ok je stay kat hotel biasa yg macam aku duduk ni (Amorn Mansion). Ye la, mcm kitorg pn setakat rehat kejap2 & utk tido malam je, memang berbaloi stay hotel macam ni. Yg penting wi fi dlm bilik laju giler ok. Hahaha.

4. Survey, survey dan survey. Nak2 kalau datang sini sendirian berhad. Aku memang baca blog2 org yg pernah ke Krabi. Bagus utk kita bajet perbelanjaan dan senang utk kita tawar menawar lebih2 lagi utk tour aktiviti.  

5. Satu lagi, season pun kena dipastikan dulu. Macam aku pegi 1-4 Mac, memang peak season. Jadi masa tawar menawar barang tu agak susah utk mintak kurang banyak, melainkan kita beli dlm kuantiti yg banyak. Jadi, kalo datang ramai2, plan la beli satu tempat je utk barang yg sama. Kalau green season tu automatik la semua murah. Hotel pn lg murah.

6. Blog ni banyak membantu sangat, www.yourkrabi.com



:: KRABI 2013 - PART 4 ::

Hari ketiga sarapan lagi kat hotel. Lepas tu terus tunggu kat tepi jalan. Hahaha. Takut terlambat org datang pickup. Sekali dah memang ada org tunggu. Kitorg pun jeling2, xde plak transport ke apa. Mamat tu bawak kitorg gi ofis travel agent dia. Dekat je pun. Hahaha. Patutla mamat tu amik kitorg jalan kaki je. Hahaha. Phui la!. Ye2 je semangat turun awal pastu siap tunggu tepi jalan.

Tour hari ketiga ni kitorg amik Phi Phi Islands Tour by Speedboat. Dapat harga 1100THB. Paling murah diorg blh bagi. Plan asal masa kat Malaysia nak gi Emerald Pool tapi tukar plan. Hehehe. Serious x menyesal wei amik tour ni. Lupa terus aku kat Emerald Pool tu. Hahaha.

Lama gak tunggu kat depan ofis tu sebab diorg gi pickup org lain. Boleh tahan ramai jugak sebab dari ofis agent tu kitorg naik bas ke jetty di Nopharathara Beach dlm 10 ke 15 minit. Sampai sana kitorg dibahagikan ikut nombor bot yg diorg dah bagi masa kat depan ofis agent td.

Dalam boat no 15, kitorg je melayu. Hahaha. Pakyung kata bagus jugak. Senang nak mengumpat sebab diorang xfaham.

Jalan kaki nak ke bot.

Yg pakai baju & cap biru tu kakak ke abang ntah. Hahaha. Kitorg panggil kakak sebab dia happening giler. Tp dia guide boat lain.

Muka poyo dpt naik speedboat.

Isi borang insurans dulu.

Tour guide kitorg. Apa ke nama ntah dia ni.

Mempoyokan diri di Bamboo Island.

Makyung & Pakyung pun nak poyo jugak.

Bamboo Island.
Macam ni punya cantik, memang buat aku lupa kat Emerald Pool. Hahaha. Makyung campak roti. Aunty amik gambar. Hehehe.

Bamboo Island. Crystal clear water. 
20 years of friendship. Love u Makyung. Hahaha.

Bercanda di pasiran pantai. Ahaks!

Boat kitorg ni boat baru tu.

Snorkeling la sangat kan. Hahaha. Tertelan air laut aku sebab ombak & arus kuat sangat wei.


Sulaiman punya tapak.

Minah saleh senget! Baik je aku tgh adjust lens dia boleh interprem. Biol betul!

Artwork @ Phi Phi Don.


Phi Phi Don.
Lunch (restaurant) kat sini. 

Selain air mineral, Coke & buah buahan disediakan atas boat. 

Monkey Bay.

Pileh Lagoon

Pileh Lagoon. 
Ada pulak model x berbayar interprem.

Viking Cave

Dapat gak mamat tour guide tu amik gambar kitorg ber3. Hahaha. Sweet betul dia. Mana2 dok tanya kitorg, nak x amik gambar ber3. Atas bot ni baru tiga2 ada.

Maya Bay.

Mempoyokan diri lagi di Maya Bay.

Maya Bay.

Maya Bay.

Maya Bay.

Fefeeling The Beach ke Makyung & Pakyung oi!

Maya Bay.

Transport balik dari Nopharathara Beach ke hotel. Kipas dalam bas ni rare ok. Hahaha.

Balik dari Phi Phi Island tour, terus mandi, rehat kejap je. Sebab plan nak tengok sunset. Almaklumlah, dah malam last kan. Sambil tunggu sunset, kitorg sempat la makan pancake yg popular tu. 

Pancake katanya. Mango + Choc pilihanku.

Makyung & Pakyung berposing.


Peace yaw!

Waiting for sunset @ Ao Nang Beach.

Happy 3rd 4th Anniversary to both of you my dear friends! 
(Sorry Makyung, salah pulak! Hahaha)

Tiba masanya utk dinner terakhir di Krabi. Kitorg buat keputusan nak makan kat Lemon Restaurant je. Sebab takut kalau pegi kedai lain makanannya xsedap. Sia2 lah last dinner nnt. Otw ke Lemon tu sempat la posing2 kat bus stop comel2 kat Ao Nang.

Muka excited sebab dari awal lagi memang nk amik gambar kat bus stop ni. Hahaha. Comel ke tidak?

Tunggu bas ke bang? Hahaha. 
Ko xpayah nak poyo sangat eh Pakyung wei! Muka xboleh blah.

Inilah dia dinner kitorg, malam terakhir di Krabi. Memang terbawak dalam mimpi uols! Lemon Restaurant namanya. Wajib pegi!



Posing2 @ Ao Nang sebelum balik bilik.

Muka aku dah burn giler. Waaaaa!

:: KRABI 2013 - PART 3 ::

 Hari kedua bermula dgn sarapan di hotel je. Hehehe. Tengah sarapan jumpa plak ada pakcik & makcik ni sweet sangat. Ore kelate. Datang cuti sesaje. Seminggu ok diorg stay Krabi. Agaknya pakcik tu baru lepas pencen kot. 

Aktiviti kitorg utk hari kedua ni, 4 Islands tour by Longtail Boat. Kitorg dapat dengan harga 500THB. Memang habis tawar dah harga tu. Hehehe. Tour ni siap sekali dgn lunch + air atas boat (mineral je) + buah buahan + bayaran masuk utk pulau2 trtentu. Sementara tggu org pickup, gi la cari simpack kat 7E. Jumpa plak sorg budak kelate. Kata dia tgh belajar, part time kt 7E. Dia la yg tolong settingkan simcard semua. 

Leka sangat brsembang ngan mamat 7E tu sampai org pickup dtg pun xperasan. Hahaha. Ketat jugak muka mamat yg pickup kitorg tu. Hehehe. Sorry bro!

Tunggu longtail boat kat pantai Ao Nang je. Boat kitorg tu ada satu couple melayu, group dr korea ke china ntah, dan yg lain semua mat saleh.

Pickup naik songtaew.

Tunggu longtail boat

#inisemuapoyo! Hahaha.

Penyambut tetamu @ Tup Island.

Longtail boat yg kitorg naik.

Tup Island.

Tup Island.

Chicken Island.

Snorkeling @ Chicken Island.

Poda Island. 
Lunch (picnic style) kat sini, tapi xde plak gambar. Hahaha. Lapar sangat kot.

Tsunami Hazard Zone (4 meter) - Poda Island.


Pharanang Cave/Beach. Mamat kanan tu rock climbing selamber je.

Phranang Cave/Beach. Banyak wei tuuttt... Hahaha.



Balik dari 4 Islands boleh tahan penat kot. Badan dah melekit2 kena tempias air laut. Sandal plak putus. Hahaha. Mencicit aku berlari cari kedai selipar. Panas wei atas jalan tu. 

Rehat2 jap kat bilik, malam macam biasa gi cari makan. Malam kedua ni kitorg jalan cari makan area seberang McD. Budak yg kat kedai sedap yg kat Nong Eed Resort tu suruh kitorg makan kat Lemon Restaurant. 

Lemon Restaurant ni landmark nya seberang McD tp ke depan lg (arah ke Krabi Town). Kedai tu selepas bus stop yg comel2 tu. Pergh! Makan kat sini terbaek ok! Kitorg siap jumpa Usop Wilca & family. Memang sangat2 aku cadangkan makanlah kat kedai ni. 










Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...