Thursday, March 7, 2013

:: KRABI 2013 - PART 3 ::

 Hari kedua bermula dgn sarapan di hotel je. Hehehe. Tengah sarapan jumpa plak ada pakcik & makcik ni sweet sangat. Ore kelate. Datang cuti sesaje. Seminggu ok diorg stay Krabi. Agaknya pakcik tu baru lepas pencen kot. 

Aktiviti kitorg utk hari kedua ni, 4 Islands tour by Longtail Boat. Kitorg dapat dengan harga 500THB. Memang habis tawar dah harga tu. Hehehe. Tour ni siap sekali dgn lunch + air atas boat (mineral je) + buah buahan + bayaran masuk utk pulau2 trtentu. Sementara tggu org pickup, gi la cari simpack kat 7E. Jumpa plak sorg budak kelate. Kata dia tgh belajar, part time kt 7E. Dia la yg tolong settingkan simcard semua. 

Leka sangat brsembang ngan mamat 7E tu sampai org pickup dtg pun xperasan. Hahaha. Ketat jugak muka mamat yg pickup kitorg tu. Hehehe. Sorry bro!

Tunggu longtail boat kat pantai Ao Nang je. Boat kitorg tu ada satu couple melayu, group dr korea ke china ntah, dan yg lain semua mat saleh.

Pickup naik songtaew.

Tunggu longtail boat

#inisemuapoyo! Hahaha.

Penyambut tetamu @ Tup Island.

Longtail boat yg kitorg naik.

Tup Island.

Tup Island.

Chicken Island.

Snorkeling @ Chicken Island.

Poda Island. 
Lunch (picnic style) kat sini, tapi xde plak gambar. Hahaha. Lapar sangat kot.

Tsunami Hazard Zone (4 meter) - Poda Island.


Pharanang Cave/Beach. Mamat kanan tu rock climbing selamber je.

Phranang Cave/Beach. Banyak wei tuuttt... Hahaha.



Balik dari 4 Islands boleh tahan penat kot. Badan dah melekit2 kena tempias air laut. Sandal plak putus. Hahaha. Mencicit aku berlari cari kedai selipar. Panas wei atas jalan tu. 

Rehat2 jap kat bilik, malam macam biasa gi cari makan. Malam kedua ni kitorg jalan cari makan area seberang McD. Budak yg kat kedai sedap yg kat Nong Eed Resort tu suruh kitorg makan kat Lemon Restaurant. 

Lemon Restaurant ni landmark nya seberang McD tp ke depan lg (arah ke Krabi Town). Kedai tu selepas bus stop yg comel2 tu. Pergh! Makan kat sini terbaek ok! Kitorg siap jumpa Usop Wilca & family. Memang sangat2 aku cadangkan makanlah kat kedai ni. 










No comments:

Post a Comment

Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...