Thursday, March 7, 2013

:: KRABI 2013 - PART 2 ::

Ok. Kali ni aku nak cerita pasal aktiviti hari pertama di Krabi. Sementara menunggu bilik siap dikemas, kitorg settlekan booking tour kat hotel je. Amik tour dari hotel je sebab takut confuse nak pilih tour agent yg brsepah kat Ao Nang. Walaupun amik tour dari hotel, tawar menawar itu wajib ye di sini. 

Hari pertama kitorg hanya amik 1 hour Elephant Trekking dgn harga 500THB (RM50). Kitorg akan dipickup pd pkl 1 ptg. Oh ye! Jangan lupa adjust jam. Sebab masa di Thailand lewat sejam dari Malaysia.

Dari hotel kitorg dipickup naik van. Ada 4 org lg tourist lain yg sedia ada dlm van. Xla lama sangat nak ke elephant camp tu. Aku pun lupa nk tengok jam. Nama camp tu pun lupa nak amik. Senget! Hehehe.

Bersedia utk elephant ride.

Baby G yg aku naik ni nakal sikit. Membuang sana sini.


Makyung tu cuak sebenarnya. Hahaha. Ha!. Nak sangat kan naik gajah! Ha!. Amik kau jajan!


Sesi berendam.


Hujan lalu.

Sejam je pun elephant trekking ni, tapi macam lama je sebab masuk hutan kot. Hehehe. Lepas settle trekking, aku bayar la 50THB utk bagi gajah makan. Saje suka2. Satu lagi org sana akan ambik gambar korang masa trekking tu. Dijual dgn harga 150THB. Aku beli je saje buat kenangan. Lagipun macam cantik je gambar yg org sana amik tu. Hehehe. 

Balik je dari elephant trekking, makyung kebulur. Padahal dia dh brunch nasi. Pakyung geleng kepala je. Hahaha. Kitorg pun gi la cari makan. Makan dekat2 hotel je. Restoran tu kt bawah hotel yg namanya Nong Eed Resort. Landmark nya mengadap McD. Makanan kat sini boleh tahan. Xsempat nak snap gambar, masing2 dah kebulur. Makyung pun cakap tomyam dia sedap.

Recommended! Tp kedai ni bukak dari pagi sampai petang pkl 5 je ye.

Lepas makan, naik bilik rehat2 jap. Malam sambung jalan area Ao Nang je. Cari tempat makan sambil tu apa lagi, shopping la ye. Hehehe. Kitorg makan kat Chaba Thai Restaurant. Aku xnak letak gambar sebab pada aku makanan dia xberapa nak sedap. Maybe xmasuk ngan selera aku kot.

Dah shopping, dah makan, pastu xlarat nak jalan balik. Hahaha. Tumpang posing dulu kat Krabi Resort pastu balik hotel naik tuk tuk. Sorg 20THB. 2 hengget je. Hehehe.



Bila naik tuk tuk ni baru perasan jauh jugak kitorg brjalan. Hahaha.

Makyung & Pakyung

Tumpang posing pun boleh.

No comments:

Post a Comment

Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...