Friday, March 29, 2013

:: LEGOLAND - MARCH 2013 ::

Tersebutlah kisah seorang makcik membawa dua anak sedaranya pergi ke Legoland pada hari Khamis bersamaan 28 March 2013. Only aunty and the kids ok. No Ibu. No Babah. No Atuk & No Mama. Hahaha. Kamikaze betul aku buat last minit plan nak bawak budak berdua tu. 

Seperti biasa sempat la jugak aku buat sedikit kajian kat blog pasal tips2 nak masuk Legoland. Setelah dikumpul dan ditapis, antara tips yg aku guna pakai:

1. Bawa payung (boleh guna masa panas/hujan, dua2 cuaca aku dapat)
2. Bawa air mineral (aku bawa yg 1L pun xcukup, kena beli lg yg botol kecik)
3. Bawa towel/tisu (berpeluh xhengat anak2 sedara aku tu)
4. Nak bawa baju spare pun boleh.

Aku masuk guna voucher Dutch Lady Kids Go Free. Jadi aku beli 1 tiket dewasa dapat free 1 tiket kanak2 (xleh combine dgn apa2 promotion). Dan beli lagi 1 tiket kanak2 (dapat diskaun RM20 guna mykad, bayar RM90 dpt tiket RM80 + voucher makan RM10). 

Aku menjamu selera jugak walaupun orang kata makanan kat dalam Legoland mahal xhengat. Almaklumlah, bawa budak2. Kena la jugak melantak kan. Aku makan kat Pizza Mania ke apa ntah nama restoran tu. Aku amik 2 set Kids Meal (RM15/set) sebab nak dapatkan Minifigure free utk budak berdua tu. Minifigure Swap tu sampai 31 March je, jadi rugi la plak kan kalo xamik. Alang2 kan. Layankan je la. Ada la jugak sebinier utk budak2 tu. Hehehe.

Gambar2 pun xsnap banyak sebab melayankan budak berdua tu. Kesian Mak Ngah! Huhuhu. Xdapat Mak Ngah nak menghayati landmark2 kat Miniland tu.

Muka excited!


Mencabar btl main benda alah ni. Dah macam bomba btl dh.













Nampak x betapa gelapnya. Nasib baik masa ni dah habis pusing.

Tinggalkan Legoland dalam kehujanan. Hehehe...

No comments:

Post a Comment

Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...