Last entry pasal Krabi.
Flight balik KL pkl 815 pagi waktu thai. Lepas balik dari Phi Phi Islands, aku dah call Mrs. Nee utk confirmkan yg kitorg balik pagi2 buta. Dia pun memang nak amik kitorg pkl 6 pagi waktu thai. Dia pun x lupa dgn janji dia yg nak bagi kitorg 500THB je dari hotel ke airport.
Macam biasa la kan, x sah pulak kalau x berposing kat airport. Hahaha. Itu la yg kitorg buat. Pagi2 buta dah berposing.
Untuk makluman, kitorg xpegi pun Krabi Town. Sebab kitorg ada survey2 katanya Krabi Town tu xde apa2 selain Night Market. Jadi memang kitorg plan just lepak kat Ao Nang je.
Tapi ok je sebenarnya. Ao Nang tu happening je malam2. Barang2 pun semua boleh dapat kat situ. Cumanya pukul 10 @ 11 malam waktu thai situ dah sunyi. Maybe sebab Ao Nang ni kawasan ramai org Islam. Masjid pun ada 2 3 buah. Tapi bagus la tu kan. Hehehe.
Tips yg aku boleh kongsi:
1. Tiket flight tu biasa la AirAsia kan. Kena rajin survey & tunggu waktu promo. Macam aku, trperam jugak 3 4 bulan tiket tu. Hehehe.
2. Hotel plak aku book melalui Asiarooms.com, sebab aku xde kad kredit. Bayar kat hotel masa sampai. Cuma kena secure guna debit card. Kalau kita x check-in, hotel akan charge satu malam. Alhamdulillah, sampai2 je, booking aku memang diorg ada record.
3. Kalau trip on bajet, ok je stay kat hotel biasa yg macam aku duduk ni (Amorn Mansion). Ye la, mcm kitorg pn setakat rehat kejap2 & utk tido malam je, memang berbaloi stay hotel macam ni. Yg penting wi fi dlm bilik laju giler ok. Hahaha.
4. Survey, survey dan survey. Nak2 kalau datang sini sendirian berhad. Aku memang baca blog2 org yg pernah ke Krabi. Bagus utk kita bajet perbelanjaan dan senang utk kita tawar menawar lebih2 lagi utk tour aktiviti.
5. Satu lagi, season pun kena dipastikan dulu. Macam aku pegi 1-4 Mac, memang peak season. Jadi masa tawar menawar barang tu agak susah utk mintak kurang banyak, melainkan kita beli dlm kuantiti yg banyak. Jadi, kalo datang ramai2, plan la beli satu tempat je utk barang yg sama. Kalau green season tu automatik la semua murah. Hotel pn lg murah.
6. Blog ni banyak membantu sangat, www.yourkrabi.com
No comments:
Post a Comment