Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA...

akhirnya setelah sebulan berpuasa kita bakal menyambut hari raya aidilfitri.. hari ni aku dah start bercuti.. hehe.. awal giler.. bese la kan.. hari rabu ngan khamis aku memang xde kelas.. kelas khamis malam pn dh cancel.. kelas jumaat pun dah cancel.. so bolehla balik awal.. tapi aku xbalik umah pun.. petang ni kakak aku dtg amik.. esok ayah aku datang kl.. jumaat kitorang plan nak gi shopping.. aku xtau la ramai orang ke x.. tapi kat kl tu tau la.. nak dekat raya tu same ramai je orang.. aku pun xbeli ape2 lagi.. setakat tempah baju sepasang je.. hari sabtu baru kitorang gerak balik kampung ayah kat semerah, batu pahat..


KAT SINI AKU NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.. HALALKAN MAKAN MINUM DAN MANE2 YG TERLEBIH DAN TERKURANG.. SEMOGA KORANG HAPPY DI HARI RAYA NI.. SEMOGA SEMUA SELAMAT.. INSYAALLAH..

Saturday, September 12, 2009

LEMAU BETUL LA TUNGGU LAMA2 NI...

skang ni aku ade kat fakulti sebab ari ni ade replacement kelas concrete.. Tadi aku sampai kul 8.30.. bila kul 9 aku tengok sorang pn xde kat kelas ni kecuali aku ngan housemate aku.. bila aku mesej budak kelas aku rupanya kelas postponed ke pukul 10.. Diorg lupe nak bagi tau aku.. Aduss.. Menguji kesabaran betul la pagi2 ni.. aku pun tunggu la ngan housemate aku ni.. Aku tengok mu, mu tengok aku.. Hehe.. Sabar je la nana ye..

Sunday, September 6, 2009

NUR KASIH EPISOD 15...

jumaat ari tu aku xdapat tengok nur kasih sebab ade test sampai kul 10.. so aku baru dapat tengok semalam kat web tv3 (xdapat dah tengok kat youtube sebab org yg upload tu dh kena band).. untuk episod 15 macam biasa la xmengecewakan.. hehe.. nur dah jumpa adam balik dan itu la org kata jodoh.. jumpa plak kat tanah suci..


bila aku tengok scene kat tanah suci tu buat aku teringat kat novel adam dan hawa ditulis oleh aisya sofea.. lebih2 lagi scene nur nak gi makan ngan mak adam yg adam ikut skali tu.. sampai je depan lift, mak adam pun buat alasan yg dia tertinggal beg duit sebab nak bagi chance kat adam utk brcakap ngan nur..


bila baca sinopsis nur kasih aku dah perasan dah bab2 yg adam akan jumpa balik ngan nur kat tanah suci tu.. aku dah perasan yg scene2 tu lebih kurang sama ngan novel adam dan hawa.. satu lagi yg aku rasa cam sama adalah ayat adam yg dia kata dia akan tunggu nur sampai akhir hayat dia (touching giler part ni).. mungkin kesamaan semua tu kebetulan je kot.. ape2 pun dua2 cite tu ade kelebihan yg tersendiri.. adam dan hawa memang best utk dibaca.. biasalah sume novel aisya sofea memang best dan menjadi favourite aku..



kat sini aku bagi la sikit sinopsis adam dan hawa.. hmm.. rindu plak nak baca novel ni..

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Thursday, September 3, 2009

WADI UNUNG @ YOUTUBE...

hari ni aku telah melayan cite WADI UNUNG kat youtube.. thanks to hazel2k sebab upload cite yg sangat menyentuh perasaan.. cite ni tengah tayang kat astro prima.. almaklumlah.. umah aku ni mana ade astro so, layan je la kat youtube..


cite ni tentang 2 org sahabat yg berkawan dari kecik lagi, azrin dan fatihah (lakonan eja n intan azura).. mase kecik2 diorg selalu lepak kat pondok.. tapi pondok yg diorg buat selalu tumbang bile hujan lebat.. sian kat diorg.. bile dah besar skt diorg besarkan pondok tu.. cantik view yg produksi cite ni dpt.. sgt cantik.. diorg pun namakan pondok tu wadi unung.. suka duka diorg bersama diorg kongsi kat wadi unung ni.. bile besar fatihah belaja kat australia dan azrin smbg blaja kat sini je.. tu la serba sedikit sinopsis cite wadi unung ni..


setakat skang ni aku baru tengok sampai episod 7.. awal2 cite ni memang sedih giler.. aku ni kalo tengok cite sedih sorg2 memang mengalir gak la air mata ni.. hehe.. tapi serius aku cakap cite ni best setakat yg aku tengok ni la .. no wonder sebab pengarah cite ni adalah raja ahmad alauddin.. pada pendapat aku tentang drama melayu ni kalau raja ahmad alauddin jadi pengarah, insyaAllah cite tu best.. tu pendapat aku la.. aku syorkan kepada peminat2 drama melayu, korang tengok la cite ni.. rugi kalo xtengok..


yg buat aku sedih sgt tengok cite ni adalah sebab kasih sayang yg kuat diantara 2 org sahabat.. walaupun mase kecik2 diorg suke bergaduh tapi org kate tu kira 'gaduh2 sayang'.. tengok cite tu td buat aku teringat kat sahabat2 aku.. aku rindu giler kat korang.. walaupun ade antara diorg yg ade depan mata aku tapi bile tengok cite wadi unung, aku still rasa rindu.. aku jugak rasa cam nak cakap kat diorg yg aku sayang sangat2 kat korang.. walaupun kat mana dan ape jgk yg korang buat skang aku akan sentiasa doakan kesejahteraan korang.. aku harap hubungan kita yg dah lama terjalin ni akan kekal sampai bila2.. xkira la masa tu kita dah ada cucu ke ade cicit ke kan.. AKU SAYANG KORANG SANGAT2..

Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...