Sunday, September 6, 2009

NUR KASIH EPISOD 15...

jumaat ari tu aku xdapat tengok nur kasih sebab ade test sampai kul 10.. so aku baru dapat tengok semalam kat web tv3 (xdapat dah tengok kat youtube sebab org yg upload tu dh kena band).. untuk episod 15 macam biasa la xmengecewakan.. hehe.. nur dah jumpa adam balik dan itu la org kata jodoh.. jumpa plak kat tanah suci..


bila aku tengok scene kat tanah suci tu buat aku teringat kat novel adam dan hawa ditulis oleh aisya sofea.. lebih2 lagi scene nur nak gi makan ngan mak adam yg adam ikut skali tu.. sampai je depan lift, mak adam pun buat alasan yg dia tertinggal beg duit sebab nak bagi chance kat adam utk brcakap ngan nur..


bila baca sinopsis nur kasih aku dah perasan dah bab2 yg adam akan jumpa balik ngan nur kat tanah suci tu.. aku dah perasan yg scene2 tu lebih kurang sama ngan novel adam dan hawa.. satu lagi yg aku rasa cam sama adalah ayat adam yg dia kata dia akan tunggu nur sampai akhir hayat dia (touching giler part ni).. mungkin kesamaan semua tu kebetulan je kot.. ape2 pun dua2 cite tu ade kelebihan yg tersendiri.. adam dan hawa memang best utk dibaca.. biasalah sume novel aisya sofea memang best dan menjadi favourite aku..



kat sini aku bagi la sikit sinopsis adam dan hawa.. hmm.. rindu plak nak baca novel ni..

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

1 comment:

  1. salam ida..
    weh..layan nur kasih gak ker?
    nah http://www.doimoi1711.blogspot.com/ kt sini ko leh downloed wat koleksi citer nih.hehehe..

    ReplyDelete

Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...