Wednesday, August 8, 2012

:: OH MY BLOG! ::

Hahaha.. Selalu sangat la macam ni.. Alasan? Xsempat hupdate katanya.. Tui2.. Last entri aku bulan March lepas.. Bukan xsempat hupdate, tapi xde story best nak ketuk & publish kat sini.. Boring ha life aku ni.. Sikit la boringnya.. Tapi aku ok je sebab aku ni kan bukanlah outing person.. Waktu cuti duduk rumah tengok tv, layan internet pun ok je.. Hehehe..

Cerita pasal tv ni, aku rasa ada story sikit aku nak kongsi.. Kiranya macam pengakuan xpenting la.. Aku rasa kan sejak akhir2 ni aku dah xselalu tengok Melodi.. Hahaha.. Motif? Hmm..

Sebenarnya aku bukanlah pencen dari ambil tahu gosip2 ni cumanya sekarang hari Ahad tepat pukul 1 aku akan tengok Nadi Arena @801.. Sebabnya? Haruslah sebab aku nak tengok BFF aku kt tv.. Hahaha..

Pah, aku tolong promote jap eh.. Dalam Nadi Arena tu ada slot Usik.. Slot tu dia yg present.. Slot untuk usik atlet2 Malaysia.. Jadi kalau aku ada kat rumah hari Ahad, memanglah aku mengadap Astro Arena 1-1.30 petang kan.. Jadinya confirm2 la aku xtengok Melodi.. Itulah sebab musababnya..

Friday, March 16, 2012

:: SEDIH! KESIAN! ::

entry aku kali ni DITUJUKAN KHAS buat orang2 yang buat sesuatu perkara tu x berfikir panjang dan xkaji baik buruknya.. kalo nk buat 'muslihat' sekalipun, fikir la dulu.. kalo dah selalu sangat, lama2 orang confirm la boleh syak.. jangankan syak, orang siap boleh kumpul bukti.. 

kesian.. sedih!.. tengok orang2 macam ni memperbodohkan diri sendiri tanpa diorang sedar yang orang lain disekeliling dah tau 'muslihat' diorang..

nasihat aku sudah2lah ber'muslihat' tu.. tiap apa yang kita buat ada hikmahnya.. buat baik dibalas baik.. begitulah sebaliknya.. buat jahat, dapatlah jahatnya.. 

bak kata omputih, what is goes around comes around (ayat kegemaran si sendat).. hahaha.. betul ke?? aku ni x berapa nak pandai speaking omputih ni.. dalam kata lainnya, bak kata org melayu 'karma'.. 

sekian sahaja tazkirah aku di hari Jumaat yang mulia ni.. hehe.. 
yang buruk datangnya dari kelemahanku dan yang baik datangnya dari Allah.. sama2 la kita buat renungan..

Wednesday, March 14, 2012

:: TERTINGGAL 'KERETAPI' ::

pejam celik pejam pelik (eh?) dah masuk first quarter 2012.. fuhh!! dan untuk kesekian kalinya aku meng'update' since last update yang ntah bila ntah eh.. bukan malas (alasan!) tapi x de idea (alasan lagi!) nak merepek meraban apa kat sini.. Dang! tetiba hari ni terrrajin nak merepek..

berbalik kita kepada tajuk entry aku kali ni kan.. aku x naik ktm pun.. tapi tertinggal 'keretapi' tentang ADELE.. 
penyanyi omputih yang awesome (kata orang la).. rasanya last week baru aku sibuk2 nak tau sape si Adele ni.. 

buat 'research' kat Google then Youtube (ok, dah boleh terima yang orang kata dia awesome).. not bad.. 
walaupun orangnya agak 'comel' mcm aku (hahaha), tapi suara boleh tahan.. boleh la masuk dan jadi tatapan halwa telinga aku.. 
dalam banyak2 lagu si Adele ni paling aku boleh layan Rolling In The Deep & Someone Like You.. 

aku ni bukanlah peminat tegar lagu2 omputih.. kadang2 je dengarnye pun.. kuikuikui..

next story, pasal tertinggal 'keretapi' gak.. cuma subjeknya je berlainan.. subjek kali ni my best friend since zaman kolej.. beliau sudah mendapat good news dan bakal menjadi ibu dan bapa beberapa bulan lagi.. aku terrrlambat tau tapi  xpe.. 
congrats to both of you again.. take care 'papa' n 'mama' to be.. hehehe..

Thursday, December 1, 2011

:: GUGUR ::

Kat atas ni tajuk lagu nyanyian Firman. Mamat ni penyanyi negara jiran kita. Lagu ni aku suka dengar tapi liriknya masyaAllah, sadis! Xsesuai kalo dijadikan lagu kisah hidup. Orang boleh salah faham. Hahaha. Setakat dengar untuk halwa telinga boleh la ye.

CINTA YG TAK SEINDAH YG DULU
BERAKHIR TAK DAPAT AKU SANDARKAN LAGI
SESUNGGUHNYA KAU CINTA PERTAMA DALAM HIDUP
APAKAH INI SUDAH WAKTUNYA
KAU BUANG AKU SETELAH KAU DAPAT SEMUA
MUNGKINKAH KU HARUS KAN BUNUH DIRI SAJA
SESUNGGUGNYA KAMU, KAU CINTA PERTAMA DALAM HIDUP
KAMU TAK PERCAYA INI HASIL BENIH CINTA KITA
KAMU MENYURUHKU HARUS GUGURKAN SAJA
ATAU LEBIH BAIK KAMU BUNUH AKU SAJA
SAKIT HATI KU MENDENGAR KEINGINAN KAMU
KAU TINGGALKAN AKU UNTUK MENANGGUNG SENDIRI
BILA MEMANG MUNGKIN HARUS TAK HARAPKAN LAGI
MUNGKIN LEBIH BAIK AKU SAJA YANG MENGHILANG

Giler sadis x kawan2ku?
Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, October 28, 2011

:: FINE CITY ::

Selepas seminggu baru aku berkesempatan untuk update cerita ni. Aku ngan BFF kategorikan perjalanan ni sebagai "Amazing Race". Kami seramai 6 orang, 2 couple n 2 bujangan. 

Perjalanan bermula di Tune Hotel, Danga Bay. Tak sempat nak snap gambar sebab kami dah lambat n shuttle bas hampir2 untuk bergerak menuju ke destinasi.

Sampai di imigresen, masing2 melayan perasaan sambil bergurau senda sesama sendiri. Hahaha. Masing2 risau lebih2 lagi 2 orang Hamba Allah tu. Settle di imigresen Malaysia tapi 2 org Hamba Allah tu masih belum boleh utk menarik nafas lega. Hehehe.

Tiba masa utk masuk ke imigresen negara jiran ni. 2 Hamba Allah tu xkan tenteram selagi pasport diorg tidak dicop gedegang oleh pegawai brtugas. Setelah menunggu penuh sabar kesemua kami selamat dicop. Hahaha. 2 org Hamba Allah tu pun apa lagi, senyum sampai ke telinga la. Hehehe.

Sampai je destinasi yg dituju kami terus nampak tempat kunjungan idaman. Sekaligus dikira "Pit Stop Pertama - USS/RWS". Hehehe. Apa lagi. Setting2 camera terus snap gambar. Nasib baik kami mempunyai kombinasi trbaekk. Terhasillah gambar2 yg "comel" kononnya.



Dah siap brgambar, tiba masa utk ke "Pit Stop Kedua - Bugis Street". Tempat utk menghabiskan duit yg sudah ditukar. Macam biasa la kalo gi tempat org mestilah kena beli ole2 utk org kampung kan. Hahaha. Shopping2 jugak, tapi sila jaga bajet kalian ok. Hehehe.



Dah "penat" habiskan duit, perut mula minta diisi. Tengok jam ditangan, ya ampun dah pukul 2ptg. Patutla rasa kebulur. Hehehe. Jadinya mari kita ke "Pit Stop Ketiga - Arab Street". Sebelum dtg kami dah survey dan tempat makan disini makanannya brsesuaian dgn tekak2 kami. 


Sedang kami menuju ke pit stop seterusnya, terjumpalah kami dgn satu tempat ni. Rasa macam lawa je kalo snap gambar. Apa lagi semua brhenti, setting2 dan dapatlah gambar ni. Takut2 gak nak snap sebab takut kena "fine". Hahaha. Semua bajet comel kot.



Sampailah kami ke "Pit Stop Keempat - Esplanade". Katanya bangunan ni macam durian sebabnya ada duri2. Bolehla kot. Hehehe. 



"Pit Stop Kelima - Xtau Nak Tulis Tempat Yg Mana". Hahaha. Kat pit stop kalo berdiri satu tempat boleh tengok banyak tempat. Cuma kena pusingkan badan utk tengok tempat2 yg berlainan. Hehehe. Dari sini boleh nampak Esplanade, Singapore Flyer, Merlion dan yg menjadi tumpuan Marina Bay Sands. Yeay! Dapat gak tengok MBS depan mata. Hehehe.





Ok. Semua pun dah penat jadinya tiada lagi snap gambar secara beria2 ye. Hehehe. Seterusnya kami kembali ke pangkal jalan, kembali ke tempat kami diturunkan untuk kembali ke negara asal ye. 

Tips utama yg aku nak bagi korang. Kalo nk masuk negara jiran kita ni haruslah buat persediaan secukupnya. Buat lah research di tenet. Banyak informasi boleh kita dapat. Kepada sesiapa yg berhasrat nak pegi, selamat menjadi SKEMA. HAHAHA.

P/S: untuk makluman tajuk kat atas tu utk menggambarkan negara jiran kita ni. sikit2 nak kompaun. sikit2 nak fine. huh! hehehe. PEACE NO WAR!!

Friday, September 30, 2011

:: LENG CHAI ::

Tadinya aku pergi makan tengahari kat Jusco. Tengah2 makan tu ternampaklah aku sekumpulan budak sekolah lelaki pakai seragam putih penuh. Semuanya Cina. Sekolah cina la tu kot. Setahu aku diorang je pakai seragam putih ni.

Tetiba pulak aku teringat zaman sekolah dulu. Zaman aku tuisyen kat kasturi. Hahaha. Teringat aku kat sorang 'leng chai'. Dulu aku suka usha2 dia masa dalam kelas tuisyen tu sampai dia perasan kot. Hahaha kantoi sudah. Masa tu aku gila tengok drama cina. Muka si leng chai tu ada iras2 muka pelakon cina. Hemsem! Hehe. Tapi aku dah naik lupa macam mana rupa si leng chai tu. Ntah mana la dia sekarang.

P/s: apa yang penting si 'leng chai'ku Loius Koo tatap dihati. Haha.
Published with Blogger-droid v1.7.4

I LIKE!



Haha. Memang lawak la surat ni. Aku ni dah la suka dengar orang cakap slanga 'ganu'. Memang terbaekk! Aku faham isi kandungan surat ni cumanya trgagap2 nak baca. Kalo dengar kawan2 ganu baca surat ni memang sedak molek aku dengar. Baca ni pun boleh gelekek suke sorang2.

P/s: kirim salam maut kat mamat bin awang ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...