Friday, November 6, 2009

:: MINGGU YANG PENUH EMOSI ::

minggu ni adalah satu minggu yg sangat menguji tahap emosi aku.. :tsk: aku pun xtau nape.. mungkin lepas dapat panggilan telefon dari mak aku yg buat aku tetiba jadi xkeruan.. time tu sume perasaan ada.. cuak.. putus asa.. hilang semangat.. n macam2 lagi.. dah la mak aku call tu hari isnin.. elok sangat.. first day utk minggu tu aku dah hilang semangat.. :sigh: memang terbawak2 la sampai skang.. aku takut sangat kalo apa yg dirancang xmenjadi.. aku pun tau kita hanya mampu merancang tapi Allah yg tentukan segala2nya.. hari tu sampai satu tahap aku xtahan dan tumpah jua air mataku ::( bila memikirkan apa yg bakal terjadi di masa hadapan.. hehe..



:ha?:skang ni pun aku still nak fikir pasal tu dan kebarangkalian2 yg akan berlaku.. bila fikir balik aku memang rasa segan ngan semua orang.. datang lagi plak perasaan putus asa aku tu.. aku xtau nk bercerita ngan sape.. huhu(sedey la plak).. :puppyeyes:mujur la ade blog ni utk aku luahkan perasaan yg terbuku ni.. walaupun xsemua yg keluar tapi at least lega la sikit.. aku kena jugak kuatkan semangat aku yg dah hilang ni.. blogger-emoticon.blogspot.com walau apa pun yg terjadi mungkin semua ada hikmahnya kan..


sambil2 aku tulis ni aku terbaca la plak blog AINA EMIR.. huhu.. kena sangat la post dia yg latest ni pasal kerunsingan aku skang..

KEGAGALAN YANG MEMBAHAGIAKAN - aina emir
Ada orang di dunia ini, dilahirkan sebagai insan yang selalu menang. Dan kerana itu,dia tidak tahu bagaimana hendak kalah. Baginya,kekalahan itu adalah satu kelemahan yang teramat dahsyat. Dia hanya mahukan kedudukan yang terletak di depan dan teratas. Kalau tertinggal, dia tidak mampu untuk mengendalikan hati yang kecewa. Baginya, hidup mestilah berjaya, tidak mungkin boleh gagal!

Kalau anda merupakan orang yang jenis ini, mungkin anda juga merupakan orang yang malang.Kerana anda tidak tahu bahawa sebenarnya kekalahan dan kegagalan itulah yang membuat seseorang itu lebih kuat, lebih tabah dan mampu untuk berdepan dengan apa-apa jua rintangan.Janganlah kita melihat kegagalan itu sebagai satu kelemahan kerana setiap kegagalan itulah yang akan membuat kita lebih kuat untuk menjadi orang yang menang dan berjaya.

Setiap kegagalan akan mendatangkan perubahan dalam hidup kita, insya-Allah. Kita akan ubahkan perspektif kita dan kerana itu, kita akan berusaha untuk mengatasi kejatuhan yang menimpa kita itu.

Janganlah kecewa kalau kita gagal hari ini dan jangan biarkan kegagalan itu menghancurkan masa depan kita.Bangkitlah, fikirkan strategi yang boleh mengubah, yang penting kita mestilah usahakannya!

Jadilah manusia yang tidak takut untuk gagal. Kalau kita takut mencuba, itulah kegagalan yang sebenarnya. Banyak yang jadi kaya-raya dan berjaya dalam hidup dek kerana pernah tempuhi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.

Life is beautiful... jangan takut untuk menikmatinya.Insya-Allah, sekalipun kita pernah gagal atau jatuh tersungkur, itulah yang akan datangkan kebahagiaan kepada kita.

p/s: pinjam ayat2 aina emir http://aina-emir.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...