Thursday, March 7, 2013

:: KRABI 2013 - PART 3 ::

 Hari kedua bermula dgn sarapan di hotel je. Hehehe. Tengah sarapan jumpa plak ada pakcik & makcik ni sweet sangat. Ore kelate. Datang cuti sesaje. Seminggu ok diorg stay Krabi. Agaknya pakcik tu baru lepas pencen kot. 

Aktiviti kitorg utk hari kedua ni, 4 Islands tour by Longtail Boat. Kitorg dapat dengan harga 500THB. Memang habis tawar dah harga tu. Hehehe. Tour ni siap sekali dgn lunch + air atas boat (mineral je) + buah buahan + bayaran masuk utk pulau2 trtentu. Sementara tggu org pickup, gi la cari simpack kat 7E. Jumpa plak sorg budak kelate. Kata dia tgh belajar, part time kt 7E. Dia la yg tolong settingkan simcard semua. 

Leka sangat brsembang ngan mamat 7E tu sampai org pickup dtg pun xperasan. Hahaha. Ketat jugak muka mamat yg pickup kitorg tu. Hehehe. Sorry bro!

Tunggu longtail boat kat pantai Ao Nang je. Boat kitorg tu ada satu couple melayu, group dr korea ke china ntah, dan yg lain semua mat saleh.

Pickup naik songtaew.

Tunggu longtail boat

#inisemuapoyo! Hahaha.

Penyambut tetamu @ Tup Island.

Longtail boat yg kitorg naik.

Tup Island.

Tup Island.

Chicken Island.

Snorkeling @ Chicken Island.

Poda Island. 
Lunch (picnic style) kat sini, tapi xde plak gambar. Hahaha. Lapar sangat kot.

Tsunami Hazard Zone (4 meter) - Poda Island.


Pharanang Cave/Beach. Mamat kanan tu rock climbing selamber je.

Phranang Cave/Beach. Banyak wei tuuttt... Hahaha.



Balik dari 4 Islands boleh tahan penat kot. Badan dah melekit2 kena tempias air laut. Sandal plak putus. Hahaha. Mencicit aku berlari cari kedai selipar. Panas wei atas jalan tu. 

Rehat2 jap kat bilik, malam macam biasa gi cari makan. Malam kedua ni kitorg jalan cari makan area seberang McD. Budak yg kat kedai sedap yg kat Nong Eed Resort tu suruh kitorg makan kat Lemon Restaurant. 

Lemon Restaurant ni landmark nya seberang McD tp ke depan lg (arah ke Krabi Town). Kedai tu selepas bus stop yg comel2 tu. Pergh! Makan kat sini terbaek ok! Kitorg siap jumpa Usop Wilca & family. Memang sangat2 aku cadangkan makanlah kat kedai ni. 










:: KRABI 2013 - PART 2 ::

Ok. Kali ni aku nak cerita pasal aktiviti hari pertama di Krabi. Sementara menunggu bilik siap dikemas, kitorg settlekan booking tour kat hotel je. Amik tour dari hotel je sebab takut confuse nak pilih tour agent yg brsepah kat Ao Nang. Walaupun amik tour dari hotel, tawar menawar itu wajib ye di sini. 

Hari pertama kitorg hanya amik 1 hour Elephant Trekking dgn harga 500THB (RM50). Kitorg akan dipickup pd pkl 1 ptg. Oh ye! Jangan lupa adjust jam. Sebab masa di Thailand lewat sejam dari Malaysia.

Dari hotel kitorg dipickup naik van. Ada 4 org lg tourist lain yg sedia ada dlm van. Xla lama sangat nak ke elephant camp tu. Aku pun lupa nk tengok jam. Nama camp tu pun lupa nak amik. Senget! Hehehe.

Bersedia utk elephant ride.

Baby G yg aku naik ni nakal sikit. Membuang sana sini.


Makyung tu cuak sebenarnya. Hahaha. Ha!. Nak sangat kan naik gajah! Ha!. Amik kau jajan!


Sesi berendam.


Hujan lalu.

Sejam je pun elephant trekking ni, tapi macam lama je sebab masuk hutan kot. Hehehe. Lepas settle trekking, aku bayar la 50THB utk bagi gajah makan. Saje suka2. Satu lagi org sana akan ambik gambar korang masa trekking tu. Dijual dgn harga 150THB. Aku beli je saje buat kenangan. Lagipun macam cantik je gambar yg org sana amik tu. Hehehe. 

Balik je dari elephant trekking, makyung kebulur. Padahal dia dh brunch nasi. Pakyung geleng kepala je. Hahaha. Kitorg pun gi la cari makan. Makan dekat2 hotel je. Restoran tu kt bawah hotel yg namanya Nong Eed Resort. Landmark nya mengadap McD. Makanan kat sini boleh tahan. Xsempat nak snap gambar, masing2 dah kebulur. Makyung pun cakap tomyam dia sedap.

Recommended! Tp kedai ni bukak dari pagi sampai petang pkl 5 je ye.

Lepas makan, naik bilik rehat2 jap. Malam sambung jalan area Ao Nang je. Cari tempat makan sambil tu apa lagi, shopping la ye. Hehehe. Kitorg makan kat Chaba Thai Restaurant. Aku xnak letak gambar sebab pada aku makanan dia xberapa nak sedap. Maybe xmasuk ngan selera aku kot.

Dah shopping, dah makan, pastu xlarat nak jalan balik. Hahaha. Tumpang posing dulu kat Krabi Resort pastu balik hotel naik tuk tuk. Sorg 20THB. 2 hengget je. Hehehe.



Bila naik tuk tuk ni baru perasan jauh jugak kitorg brjalan. Hahaha.

Makyung & Pakyung

Tumpang posing pun boleh.

Wednesday, March 6, 2013

:: KRABI 2013 - PART 1 ::

Tiba masanya aku update cerita pasal Krabi Trip pd 1 - 4 Mac 2013. Sambil2 taip, sambil2 fikir nak pendekkan cerita.

Sebelum pergi, memang berbulan2 gak survey blog2 orang. Saje kumpul pengetahuan pasal Krabi. Rajin2 kan la diri ye. Nak2 kalau kita pergi sendiri tanpa travel agency. Survey tu semua sangat2 menbantu ok.

Aku pergi bertiga, dgn bff aku + hubby dia. Tiket flight dah beli dr Nov 2012 lg. Harga promo tp aku rasa ada yg promo lg murah kot. Tiket yg aku dapat return KL - KBV, RM260+. Airport transfer dari Krabi Airport ke hotel, memang standard kot harga, 600THB. Mrs. Nee yg bwk Honda Civic tu siap offer kitorg, transfer balik dari hotel ke airport dia charge 500THB je. Kitorg  pun laju je setuju. Settle tang tu. Hehehe.

Hotel pulak aku book guna Asiarooms.com sebab kitorg masing2 xde kad kredit. Book secure guna debit card. Bayar kat hotel masa sampai. Hotel yg aku pilih Amorn Mansion, Ao Nang, Krabi. Publish rate RM85 + breakfast. Campur tax bagai semua, kena bayar THB1000 (RM100) satu malam. Kitorg stay 3 malam so total THB3000 (RM300). 

Hotel ni owner Islam & aku nampak supplier barang2 makan dia pun Islam. So, no worry ok. Sangat2 aku nak rekomen sbb hotel not bad, breakfast pun puas makan walaupun bukan buffet, xjauh sgt nk ke pantai, yg penting wifi laju, kat bilik ok bukan lobby je. Hehehe. Sape2 yg on budget, silalah ke Amorn Mansion.

View hotel dari jalan besar. (kena masuk dalam sikit)

Dari jalan besar kena naik bukit sikit ye.


 View dari balcony.

  Balcony

 Toilet pun bersih.

Bilik aku katil twin.

Disebabkan kitorg punya flight awal pagi, sampai pun awal pagi. Jadinya masa sampai hotel, kena tunggu bilik siap kemas. Kitorg book tour aktiviti dari hotel je sebab takut pening nak cari travel agent yg berlambak kat Ao Nang tu. Sementara tunggu bilik siap, pilih2 la tour yg menarik. Bincang punya bincang kitorg decide nak amik 3 aktiviti.

1st day: 1 hour Elephant Trekking (1pm)
2nd day: 4 Islands by Long Tail Boat (9am - 330pm)
3rd day: Phi Phi Islands by Speed Boat (9am - 4pm)

Siap buat pilihan kitorg gi cari makan sebab masing2 dah kebulur. Buffet breakfast kat Wanna's Place je. Xde la sedap sangat kot tapi sebab lapar, bedal aje la. Hahaha. Sambil2 jalan cari makan tu boleh la survey souvenir. Survey je dulu ye. Hehehe.

Tuesday, January 29, 2013

:: KG. KONG KONG, MASAI ::

Tersebutlah kisahhh.. Sang kancil datang beramai2.. Eh?! Mukaddimah ye.. Hehehe..

 Hari Sabtu, 26/01/2013 itu ari aku telah melapangkan diri singgah sebentar ke Kg. Kong Kong, Masai.. Kebetulan pulak tekak aku ni rasa macam dah lama tak makan keropok lekor Kg. Cahaya Baru.. Tak jauh mana pun dari rumah aku tu kan.. Tapi gaya jarang dapat makan tu macam nak kena gi Terengganu.. Hahaha.. 

Sebelum beli kepok tu, aku pun terlajakkan lah diri ni terus ke Kg. Kong Kong.. Lebih kurang 10 - 15 minit je kot.. Aku pun gamble je lah.. Padahal tak penah pun jejak kaki ke Kg. Kong Kong tu.. Dari simpang highway Senai - Desaru tu jalannya kiri kanan biasalah, kepala sawit je.. Terusssss je lagi.. Eh?!.. Dah pun sampai hujung jalan.. 

Takde lah hujung sangat pun.. Jalannya melencong ke kanan.. Tapi aku berhenti situ je dan cari port parking.. Takde orang sangat pun kat situ.. Aku pun menjakunkan diri amik gambar.. Snap guna phone je.. Kononnya nanti2 nak datang situ lagi snap dengan 'baby'.. Hahaha..

Oklah.. Bak kata orang putih, 'a picture is worth a thousand words'.. Jadinya hayati lah gambar2 di bawah ni ye.. Adios..

Dari simpang highway Senai-Desaru

 Panorama view jeti Kg. Kong Kong, Masai, Pasir Gudang, Johor.

 Jeti Kg. Kong Kong

Port parking bot (tapi xde bot pulak)

Jeti



Menuju jalan pulang

Wednesday, January 23, 2013

:: JAKUN TAK HENGAT ::

Assalamualaikum wbt..

Napok sama tapi bukang dia.. Hahaha.. Zizang2! Dok leh aku dengor orang cakak ganu ni.. Gelekek nok suke.. Hahaha.. 

Ok2.. Tengah sedap2 buat kerja tetiba aku teringat la kat tempat aku menimba ilmu untuk beberapa tahun.. UiTM Shah Alam.. Puncanya dapat email dari Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA).. Jejak Alumni katanya..

Alkisahnya.. Aku rasa nak ketawa bila teringat pertama kali sampai di FKA.. Memang JAKUN TAK HENGAT!!.. Masa tu memang ada la sesi melawat sekitar FKA tu.. Ada la org tunjuk2 kelas kat mana, toilet, bilik lecturer, semua lah kan.. Ada la jugak beberapa Fakulti lain kat Kompleks S&T tu.. Oklah rasanya.. Perasaan tu memang macam dah serasi lah kononnya dengan FKA tu kan.. Hahaha..

Mari lah kita mulakan kelas! Hahaha.. Hari pertama nak masuk kelas biasa lah.. Ketaq lutut!.. Sampai je FKA tu benda pertama yang bagi lutut aku bertambah ketaq, LIF!!.. Masa tu memang benda paling pelik kot!! Masuk2 dalam lif tu, PANIK!! Sebabnya takde button nak tekan nak gi tingkat berapa.. GILA TAK PANIK!! TEKAN BUTANG NO LIF TU, KAT LUARRR SEBENARNYA!!.. Hahaha.. 

Satu lagi yang buat aku PANIK!! Kelas2 yang banyak tu.. Perghh!! Stress sekejap cari kelas.. Hahaha.. Aku rasa makan berbulan jugak nak memahirkan diri cari kelas kat FKA tu.. B1 la.. B2, B3, Lecture Hall bagai.. 

Fuhh!! Toilet pun boleh buat aku confuse berbulan2.. Toiletnya berselang seli setiap tingkat, lain2 blok.. Perghh!! Cari toilet pun boleh mendatangkan stress mula2 tu.. Hahaha.. Aku siap fikir dulu.. Tingkat ni, blok sekian, toilet lelaki.. Tingkat tu, blok yang ni, toilet perempuan..

Tapi tu semua masa mula2 la kan.. Dah lama2 tu dah expert.. Hahaha.. Toilet pun dah pandai pilih yang mana port yang best.. Hahaha..

Thursday, December 20, 2012

:: HARI HOL::

20122012, Hari Hol Almarhum Sultan Johor. Maknanya hari ni public holiday lah!! Hahaha..

Sebenarnya nak cuba try test post dari phone. Kita tengok macam mana dia pergi. Jadi ke tidak?..

Wednesday, December 19, 2012

:: ASAH LENSA ::

Jarang sangat aku dapat asah lensa 'baby' aku tu.. Aku ni pun bukanlah pro.. Nak kata amatur pun tak kot.. Hahaha.. Tak masuk pun apa2 kursus.. Belajar sendiri.. Adjust sendiri.. Aksesori tambahan pun takde.. Huhuhu.. Basic equipment je hokey.. 

Aku snap gambar2 kat bawah ni kat rumah makcik aku kat Felda Bukit Waha guna 'baby' aku yang satu tu la.. Lepas tu part yang paling aku suka.. Hahaha.. Edit gambar2 tu.. Bukan pakai Photoshop ok.. Sebab aku tak reti & takde pun Photoshop tu.. Aku edit kat phone je.. 

Application kegemaran aku haruslah "Pixlr-O-Matic".. Tapi sekarang ada application baru "Pixlr Express".. Dua2 application tu datangnya dari developer yang sama.. "Pixlr Express" ni macam updated version untuk "Pixlr-O-Matic".. Tak kisah lah.. Yang penting.. I likeee!!










Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...