Tuesday, October 22, 2013

:: AQUARIA, KLCC ::

Hari Ahad yang lepas, 20/10/2013...

Aku bawak la dua anak sedara aku gi Aquaria, KLCC... Tak plan pun... Tetiba masa tengah kerja, idea datang nak bawak budak berdua tu gi Aquaria... Lagipun si adik Khalish suka sangat tengok cerita shark, monster fish, river monster dan yang sekutu dengannya...

Hari tu orang tak la ramai mana... Sedang2 je... Jadinya sedap la jugak menganalisa ikan2 & hidupan2 lain yang ada kat Aquaria tu... Hehehe... Makngah yang terlebih teruja!!!

Tiket masuk... Dewasa RM38... Kanak2 RM 28... Bawah 3 thn percuma kot... Makngah xingat... Hehehe...





P/S: Malas plak nak upload banyak2... Hehehe... 

FYI, parking mahal nak mam... 4 jam RM13.00... Huhuhu... 

*peace*

:: SUASANA BARU ::

Wah! Last update bulan May? Hahahahaha... Meh sini aku nak cerita tentang tajuk di atas... 

Alkisahnya bermula, aku kena 'outstation' 2 minggu kat Pulau Nan Indah bulan 6 itu hari... Janjinya 2 minggu je... Tapi tak pun... Aku kena stay sampai projek habis anggaran sebelum raya aidilfitri... 

Dengan keterpaksaan, aku berpuasa di Pulau Nan Indah... Sebelum & selepas raya aidilfitri aku ambil cuti panjang balik Pasir Gudang... Kekdahnya kena balik Pulau Nan Indah balik sebab kena sambung kerja untuk projek baru yang anggaran siapnya sebelum tengah tahun depan...

Jadinya... 

Di sinilah aku sekarang... 

Pulau Nan Indah, Klang, Selangor... 

Jadilah orang pulau sampai tahun depan ye... Huhuhu... 

Alhamdulillah... Rezeki lebihnya kat sini... Merantau lah kita untuk mencari sesuap nasi... Semoga dipermudahkan kehidupan baru di Pulau Nan Indah ni...

Hahahahaha... Baru tak baru sangat lah! Di saat post ini ditaip, aku dah 4 bulan jadi orang pulau... Hehehe...

*peace*

Monday, May 6, 2013

:: REALITI ::

Rasanya belum reda lagi cerita2 pasal pilihanraya ni kan.. Biasalah.. Peribahasa pun ada berkata "Rumah Siap Pahat Berbunyi".. 

Jujur aku nak cakap kat sini aku bukanlah dalam senarai pengundi PRU13.. Sebabnya lambat daftar jadi katanya nama xsempat masuk dalam daftar pemilih.. Salah aku jugak tu sebab xambil berat kot.. 

Jadi aku mengambil pendekatan berdiam diri je la.. Hanya tengok gelagat masing2.. Kalo berbunyi lebih2 takut orang semua mintak tengok jari pulak kan.. Hahaha..

Aku yang bukan pemilih berdaftar ni cuma nak maklumkan REALITI KEHIDUPAN aku.. Dulu aku memulakan pendidikan awal di TADIKA KEMAS.. Bersekolah rendah & menengah di SEKOLAH KEBANGSAAN.. Aku melanjutkan pelajaran di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UiTM + mendapat pinjaman PTPTN.. 

Dan yang paling penting, aku ni anak seorang PESARA POLIS.. 

Untuk makluman juga, pada PRU13, ada seorang sepupu aku bertanding di salah satu DUN.. Dan untuk makluman juga, dia bertanding atas tiket PR.. Ada jugak orang sekeliling aku yang memilih PR sebagai pilihan mereka untuk menerajui pimpinan.. 

Aku xde masalah pun.. Dan itu jugak antara REALITI yang berlaku di sekeliling kehidupan aku..

Apa yang penting.. Kerjasama!.. Hahaha.. Betul kan.. Tapi yang paling penting apa pun yang terjadi, silaturrahim tu jangan lah terputus.. Xsalah kalau nak pilih apa2 pun.. Itu hak masing2 kan.. Nama pun negara demokrasi.. Hehehe.. 

Aku pun sangat2 bersyukur dengan apa yang aku telah dapat dari dulu.. REALITI bukan fantasi ye.. Hehehe..

Peace yaw!

Tuesday, April 16, 2013

:: DUNIA KECIL ::

Hahaha.. Sekarang ni aku tengah kemaruk edit gambar guna app baru.. Tiny Planet FX.. Download kat Google Play je la.. Aku main belasah je.. Edit dari gambar2 yg aku amik guna handphone dan ada jugak gambar2 yg dari dslr.. 

Katanya ada teknik2 khas.. Hahaha.. Ada aku kesah? Hahaha.. Belasah je la kan.. 

Tapi aku ada jugak follow teknik2 yg senang nak follow.. Contohnya kena amik gambar guna panorama.. Ada yg jadi, ada jugak la yg macam xjadi.. Hahaha.. Layankan je lah ye..

Ni contoh2 yg aku amik kat internet.. Google je 'Tiny Planet Android'.. Keluarlah gambar planet2 baru yg comel2.. Hehehe..





Yg bawah ni pulak antara gambar2 yg aku edit sendiri.. Dan gambar2 ni semua ada aku upload dalam Instagram @fazzazra... Hehehe.. *iklan*

Ao Nang, Krabi

Poda Island, Krabi

Marina Bay Sands, Singapore

Bamboo Island, Krabi


Thursday, April 4, 2013

:: LAYAN LEPAK DGN OTAI ::

Sebenarnya minggu lepas nak bukak cerita ni tapi3.. Bila ingat nak ketuk, banyak kerja pulak. Bila free, dia jadi lupa. Hehehe.. 

Minggu lepas, aku ada la ikut Head of Department aku gi usha2 projek. Last minit plan juga ni. Ada lg sorang Project Coordinator pun ikut juga. Lepas meeting tu ada la diorang ajak makan2 minum2. 

Apa yg bestnya kalau keluar dengan otai2 ni kan, nak2 otai2 dr yard, diorang ni sempoi je. Makan minum kat warung2 je. Warung2 tu pulak jenis yg otai2 macam diorang. Memang layan la kan. Nak2 aku ni yg pesen2 old timer. Hahaha.

Sambil minum, makan, sambil tu sembang2. Dengar cerita2 diorang ni memang syok. Cerita pasal kerja sekarang, pasal kerja dulu2 dan kadang2 cerita pasal kehidupan. Kehidupan yg lain drpd apa yg aku dah lalui. 

Sebelum ni pun aku ada sorang Project Manager yg sangat2 otai ok. Aku paling suka kalau dia bukak cerita. Memang layan wa cakap lu dengar cerita diorang ni.



Friday, March 29, 2013

:: LEGOLAND - MARCH 2013 ::

Tersebutlah kisah seorang makcik membawa dua anak sedaranya pergi ke Legoland pada hari Khamis bersamaan 28 March 2013. Only aunty and the kids ok. No Ibu. No Babah. No Atuk & No Mama. Hahaha. Kamikaze betul aku buat last minit plan nak bawak budak berdua tu. 

Seperti biasa sempat la jugak aku buat sedikit kajian kat blog pasal tips2 nak masuk Legoland. Setelah dikumpul dan ditapis, antara tips yg aku guna pakai:

1. Bawa payung (boleh guna masa panas/hujan, dua2 cuaca aku dapat)
2. Bawa air mineral (aku bawa yg 1L pun xcukup, kena beli lg yg botol kecik)
3. Bawa towel/tisu (berpeluh xhengat anak2 sedara aku tu)
4. Nak bawa baju spare pun boleh.

Aku masuk guna voucher Dutch Lady Kids Go Free. Jadi aku beli 1 tiket dewasa dapat free 1 tiket kanak2 (xleh combine dgn apa2 promotion). Dan beli lagi 1 tiket kanak2 (dapat diskaun RM20 guna mykad, bayar RM90 dpt tiket RM80 + voucher makan RM10). 

Aku menjamu selera jugak walaupun orang kata makanan kat dalam Legoland mahal xhengat. Almaklumlah, bawa budak2. Kena la jugak melantak kan. Aku makan kat Pizza Mania ke apa ntah nama restoran tu. Aku amik 2 set Kids Meal (RM15/set) sebab nak dapatkan Minifigure free utk budak berdua tu. Minifigure Swap tu sampai 31 March je, jadi rugi la plak kan kalo xamik. Alang2 kan. Layankan je la. Ada la jugak sebinier utk budak2 tu. Hehehe.

Gambar2 pun xsnap banyak sebab melayankan budak berdua tu. Kesian Mak Ngah! Huhuhu. Xdapat Mak Ngah nak menghayati landmark2 kat Miniland tu.

Muka excited!


Mencabar btl main benda alah ni. Dah macam bomba btl dh.













Nampak x betapa gelapnya. Nasib baik masa ni dah habis pusing.

Tinggalkan Legoland dalam kehujanan. Hehehe...

Wednesday, March 20, 2013

:: DEAR LEADER, PLEASE BE HUMBLE ::

Hujung minggu itu hari, ada la aku terjumpa dengan sorang budak. Kenal masa aku kerja kat site dulu. Bermulalah sesi luahan perasaan. Hehehe. 

Budak tu cerita sekarang kat site dah xmacam dulu. Dah macam berpuak2. Dulu happy je kerja dalam satu group. Xde yg kurang xde yg lebih. Dulu masa kakngah ada, best je. Erk! Terkembang sekejap aku. Hahaha. Xlah terkembang sebenarnya tapi lebih kepada terharu. Huhuhu.

Memang best pun masa kat site dulu. Walaupun kerja kadang2 stress tapi boleh layan lagi. Layan kerenah budak2 yg macam2 pesen tu kan. Agak2 dah sejuk beku dalam kabin, boleh keluar. Walaupun udara xsegar sebab penuh ngan debu yard, tapi boleh layan tengok budak2 buat kerja.

Satu lagi yg dapat aku simpulkan lepas luahan perasaan budak tu adalah..... Ha! Sape2 yg jadi leader tu, humblekan lah diri korang bila berada bersama budak2 yg kerja bawah korang. Diorang ni sebenarnya lagi suka leader yg sempoi, satu kepala dan yg jenis rajin turun padang buat kerja sama2. Kalo yg jenis mengarah dan menunjuk2 je, memang budak2 akan aim. Paling2 pun diorang akan boikot samada xdatang kerja atau buat2 malas. Padahal diorang tak macam tu pun. 

Pada aku semua tu pun bergantung pada keadaan kerja. Bak kata orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Boleh?! 
Eh?! *garu kepala* Betul ke x ntah pepatah tu. Hahaha. 

Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...