Friday, March 29, 2013

:: LEGOLAND - MARCH 2013 ::

Tersebutlah kisah seorang makcik membawa dua anak sedaranya pergi ke Legoland pada hari Khamis bersamaan 28 March 2013. Only aunty and the kids ok. No Ibu. No Babah. No Atuk & No Mama. Hahaha. Kamikaze betul aku buat last minit plan nak bawak budak berdua tu. 

Seperti biasa sempat la jugak aku buat sedikit kajian kat blog pasal tips2 nak masuk Legoland. Setelah dikumpul dan ditapis, antara tips yg aku guna pakai:

1. Bawa payung (boleh guna masa panas/hujan, dua2 cuaca aku dapat)
2. Bawa air mineral (aku bawa yg 1L pun xcukup, kena beli lg yg botol kecik)
3. Bawa towel/tisu (berpeluh xhengat anak2 sedara aku tu)
4. Nak bawa baju spare pun boleh.

Aku masuk guna voucher Dutch Lady Kids Go Free. Jadi aku beli 1 tiket dewasa dapat free 1 tiket kanak2 (xleh combine dgn apa2 promotion). Dan beli lagi 1 tiket kanak2 (dapat diskaun RM20 guna mykad, bayar RM90 dpt tiket RM80 + voucher makan RM10). 

Aku menjamu selera jugak walaupun orang kata makanan kat dalam Legoland mahal xhengat. Almaklumlah, bawa budak2. Kena la jugak melantak kan. Aku makan kat Pizza Mania ke apa ntah nama restoran tu. Aku amik 2 set Kids Meal (RM15/set) sebab nak dapatkan Minifigure free utk budak berdua tu. Minifigure Swap tu sampai 31 March je, jadi rugi la plak kan kalo xamik. Alang2 kan. Layankan je la. Ada la jugak sebinier utk budak2 tu. Hehehe.

Gambar2 pun xsnap banyak sebab melayankan budak berdua tu. Kesian Mak Ngah! Huhuhu. Xdapat Mak Ngah nak menghayati landmark2 kat Miniland tu.

Muka excited!


Mencabar btl main benda alah ni. Dah macam bomba btl dh.













Nampak x betapa gelapnya. Nasib baik masa ni dah habis pusing.

Tinggalkan Legoland dalam kehujanan. Hehehe...

Wednesday, March 20, 2013

:: DEAR LEADER, PLEASE BE HUMBLE ::

Hujung minggu itu hari, ada la aku terjumpa dengan sorang budak. Kenal masa aku kerja kat site dulu. Bermulalah sesi luahan perasaan. Hehehe. 

Budak tu cerita sekarang kat site dah xmacam dulu. Dah macam berpuak2. Dulu happy je kerja dalam satu group. Xde yg kurang xde yg lebih. Dulu masa kakngah ada, best je. Erk! Terkembang sekejap aku. Hahaha. Xlah terkembang sebenarnya tapi lebih kepada terharu. Huhuhu.

Memang best pun masa kat site dulu. Walaupun kerja kadang2 stress tapi boleh layan lagi. Layan kerenah budak2 yg macam2 pesen tu kan. Agak2 dah sejuk beku dalam kabin, boleh keluar. Walaupun udara xsegar sebab penuh ngan debu yard, tapi boleh layan tengok budak2 buat kerja.

Satu lagi yg dapat aku simpulkan lepas luahan perasaan budak tu adalah..... Ha! Sape2 yg jadi leader tu, humblekan lah diri korang bila berada bersama budak2 yg kerja bawah korang. Diorang ni sebenarnya lagi suka leader yg sempoi, satu kepala dan yg jenis rajin turun padang buat kerja sama2. Kalo yg jenis mengarah dan menunjuk2 je, memang budak2 akan aim. Paling2 pun diorang akan boikot samada xdatang kerja atau buat2 malas. Padahal diorang tak macam tu pun. 

Pada aku semua tu pun bergantung pada keadaan kerja. Bak kata orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Boleh?! 
Eh?! *garu kepala* Betul ke x ntah pepatah tu. Hahaha. 

Tuesday, March 12, 2013

:: SESUATU YANG DIRINDUI ::

Tipu sangat la kalau lepas kita balik holiday kita tak rindu tempat yg kita pergi tu. Betul x? Post-holiday syndrom katanya. Hahaha. Nak2 tempat tu cantik tertarik kau memang dabomb! 

Macam aku punya kes, mungkin sebab pertama kali aku travel ke luar negara sendirian berhad. Bukanlah sorang2, tapi bertiga dengan bff + hubby dia. Semua kitorang survey sendiri. Mungkin sebab fefeeling adventure terlebih kot. Hahaha. Jadinya sendiri excited dan sendiri semangat nak explore tempat orang. Dan lepas balik sini, sendiri termimpi2 tempat tu. Hahaha.

Tapi sebenarnya xla susah sangat pun travel sendiri tanpa guna agen ni. Mungkin tempat yg kita nak pergi tu pun memainkan peranan samada senang @ susah jadinya trip kita tu. Aku pun x pernah lagi travel guna agen, jadinya xleh nak komen lebih2. Namanya pun first time travel ke luar negara, kan. Hahaha. Mungkin lain orang, lain kot pilihannya. 

Apa yg penting pada aku, survey sebelum kita gi sesuatu tempat tu. Keluar masuk blog orang tu semestinya la kan. Biasanya, lain orang memang lain komennya. Contoh yg aku nampak, bab makan. Ada gak aku masuk satu blog ni, kata dia kedai makan yg satu tu xsedap. Dia siap rekomen jangan pegi kedai tu. Tapi, lain pulak aku. Dua malam aku makan kat kedai tu. Sedap giler kot. Bff aku & hubby dia pun kata sedap. Sampai brpeluh2 kitorg menikmati makanan kat kedai tu. Menghirup2 siap! Hahaha.

Agak2 rajin tu, jangan lupa print apa2 yg patut. Buat rujukan untuk diri sendiri bila kat tempat orang. Sangat2 berguna ok. Nak2 pulak kalau tempat yg kita nk pergi tu ada public transport. Ha! Macam masa aku gi Singapore dulu. Memang plannya nak guna public transport je. Semua route aku print. Senang sikit nak plan perjalanan. Hehehe.

Sekarang baru aku tau perasaan traveller ni. Best ok, lebih2 lagi kalau trip kita tu berjaya. Tambah2 lagi kalau semuanya kita buat sendiri. Memang kepuasan dihati betul. Hahaha. Memang boleh jadi gian nak travel lagi. Tapi kekangan masa dan biaya tu yg membantutkan. Hahaha. Xpe2. Plan setahun sekali pun ok jugak kan.

Thursday, March 7, 2013

:: KRABI 2013 - PART 5 ::

Last entry pasal Krabi. 

Flight balik KL pkl 815 pagi waktu thai. Lepas balik dari Phi Phi Islands, aku dah call Mrs. Nee utk confirmkan yg kitorg balik pagi2 buta. Dia pun memang nak amik kitorg pkl 6 pagi waktu thai. Dia pun x lupa dgn janji dia yg nak bagi kitorg 500THB je dari hotel ke airport.

Macam biasa la kan, x sah pulak kalau x berposing kat airport. Hahaha. Itu la yg kitorg buat. Pagi2 buta dah berposing.



Untuk makluman, kitorg xpegi pun Krabi Town. Sebab kitorg ada survey2 katanya Krabi Town tu xde apa2 selain Night Market. Jadi memang kitorg plan just lepak kat Ao Nang je. 

Tapi ok je sebenarnya. Ao Nang tu happening je malam2. Barang2 pun semua boleh dapat kat situ. Cumanya pukul 10 @ 11 malam waktu thai situ dah sunyi. Maybe sebab Ao Nang ni kawasan ramai org Islam. Masjid pun ada 2 3 buah. Tapi bagus la tu kan. Hehehe. 


Tips yg aku boleh kongsi:

1. Tiket flight tu biasa la AirAsia kan. Kena rajin survey & tunggu waktu promo. Macam aku, trperam jugak 3 4 bulan tiket tu. Hehehe.

2. Hotel plak aku book melalui Asiarooms.com, sebab aku xde kad kredit. Bayar kat hotel masa sampai. Cuma kena secure guna debit card. Kalau kita x check-in, hotel akan charge satu malam. Alhamdulillah, sampai2 je, booking aku memang diorg ada record.

3. Kalau trip on bajet, ok je stay kat hotel biasa yg macam aku duduk ni (Amorn Mansion). Ye la, mcm kitorg pn setakat rehat kejap2 & utk tido malam je, memang berbaloi stay hotel macam ni. Yg penting wi fi dlm bilik laju giler ok. Hahaha.

4. Survey, survey dan survey. Nak2 kalau datang sini sendirian berhad. Aku memang baca blog2 org yg pernah ke Krabi. Bagus utk kita bajet perbelanjaan dan senang utk kita tawar menawar lebih2 lagi utk tour aktiviti.  

5. Satu lagi, season pun kena dipastikan dulu. Macam aku pegi 1-4 Mac, memang peak season. Jadi masa tawar menawar barang tu agak susah utk mintak kurang banyak, melainkan kita beli dlm kuantiti yg banyak. Jadi, kalo datang ramai2, plan la beli satu tempat je utk barang yg sama. Kalau green season tu automatik la semua murah. Hotel pn lg murah.

6. Blog ni banyak membantu sangat, www.yourkrabi.com



:: KRABI 2013 - PART 4 ::

Hari ketiga sarapan lagi kat hotel. Lepas tu terus tunggu kat tepi jalan. Hahaha. Takut terlambat org datang pickup. Sekali dah memang ada org tunggu. Kitorg pun jeling2, xde plak transport ke apa. Mamat tu bawak kitorg gi ofis travel agent dia. Dekat je pun. Hahaha. Patutla mamat tu amik kitorg jalan kaki je. Hahaha. Phui la!. Ye2 je semangat turun awal pastu siap tunggu tepi jalan.

Tour hari ketiga ni kitorg amik Phi Phi Islands Tour by Speedboat. Dapat harga 1100THB. Paling murah diorg blh bagi. Plan asal masa kat Malaysia nak gi Emerald Pool tapi tukar plan. Hehehe. Serious x menyesal wei amik tour ni. Lupa terus aku kat Emerald Pool tu. Hahaha.

Lama gak tunggu kat depan ofis tu sebab diorg gi pickup org lain. Boleh tahan ramai jugak sebab dari ofis agent tu kitorg naik bas ke jetty di Nopharathara Beach dlm 10 ke 15 minit. Sampai sana kitorg dibahagikan ikut nombor bot yg diorg dah bagi masa kat depan ofis agent td.

Dalam boat no 15, kitorg je melayu. Hahaha. Pakyung kata bagus jugak. Senang nak mengumpat sebab diorang xfaham.

Jalan kaki nak ke bot.

Yg pakai baju & cap biru tu kakak ke abang ntah. Hahaha. Kitorg panggil kakak sebab dia happening giler. Tp dia guide boat lain.

Muka poyo dpt naik speedboat.

Isi borang insurans dulu.

Tour guide kitorg. Apa ke nama ntah dia ni.

Mempoyokan diri di Bamboo Island.

Makyung & Pakyung pun nak poyo jugak.

Bamboo Island.
Macam ni punya cantik, memang buat aku lupa kat Emerald Pool. Hahaha. Makyung campak roti. Aunty amik gambar. Hehehe.

Bamboo Island. Crystal clear water. 
20 years of friendship. Love u Makyung. Hahaha.

Bercanda di pasiran pantai. Ahaks!

Boat kitorg ni boat baru tu.

Snorkeling la sangat kan. Hahaha. Tertelan air laut aku sebab ombak & arus kuat sangat wei.


Sulaiman punya tapak.

Minah saleh senget! Baik je aku tgh adjust lens dia boleh interprem. Biol betul!

Artwork @ Phi Phi Don.


Phi Phi Don.
Lunch (restaurant) kat sini. 

Selain air mineral, Coke & buah buahan disediakan atas boat. 

Monkey Bay.

Pileh Lagoon

Pileh Lagoon. 
Ada pulak model x berbayar interprem.

Viking Cave

Dapat gak mamat tour guide tu amik gambar kitorg ber3. Hahaha. Sweet betul dia. Mana2 dok tanya kitorg, nak x amik gambar ber3. Atas bot ni baru tiga2 ada.

Maya Bay.

Mempoyokan diri lagi di Maya Bay.

Maya Bay.

Maya Bay.

Maya Bay.

Fefeeling The Beach ke Makyung & Pakyung oi!

Maya Bay.

Transport balik dari Nopharathara Beach ke hotel. Kipas dalam bas ni rare ok. Hahaha.

Balik dari Phi Phi Island tour, terus mandi, rehat kejap je. Sebab plan nak tengok sunset. Almaklumlah, dah malam last kan. Sambil tunggu sunset, kitorg sempat la makan pancake yg popular tu. 

Pancake katanya. Mango + Choc pilihanku.

Makyung & Pakyung berposing.


Peace yaw!

Waiting for sunset @ Ao Nang Beach.

Happy 3rd 4th Anniversary to both of you my dear friends! 
(Sorry Makyung, salah pulak! Hahaha)

Tiba masanya utk dinner terakhir di Krabi. Kitorg buat keputusan nak makan kat Lemon Restaurant je. Sebab takut kalau pegi kedai lain makanannya xsedap. Sia2 lah last dinner nnt. Otw ke Lemon tu sempat la posing2 kat bus stop comel2 kat Ao Nang.

Muka excited sebab dari awal lagi memang nk amik gambar kat bus stop ni. Hahaha. Comel ke tidak?

Tunggu bas ke bang? Hahaha. 
Ko xpayah nak poyo sangat eh Pakyung wei! Muka xboleh blah.

Inilah dia dinner kitorg, malam terakhir di Krabi. Memang terbawak dalam mimpi uols! Lemon Restaurant namanya. Wajib pegi!



Posing2 @ Ao Nang sebelum balik bilik.

Muka aku dah burn giler. Waaaaa!

Bali 2016 - Blue Point Beach, Balangan Beach, End of Trip

Hari terakhir di Bali, kami minta Aris pick-up jam 12 tengahari sebab senang boleh check- out hotel terus. Pagi macam biasa sarapan kat ...